Header Ads

Nike Menaja JDT Jersi Berteknologi Tinggi Dengan Nilai RM1.3 Juta


Nike Malaysia yang merupakan syarikat gergasi sukan antarabangsa terus menaja juara Liga Super lima musim berturut-turut iaitu Johor Darul Ta'zim yang kini bernilai RM1.3 juta.

Pengurus Pemasaran Sukan Nike Malaysia dan Thailand, Ernest Rodrigues berkata, tajaan jersi dan kelengkapan barangan sukan Nike pada tahun ini agak istimewa terutama reka bentuk jersi lebih dinamik dan berkualiti.

Bagi jersi di tempat lawan, Nike mengeluarkan rekaan bewarna ungu dan ia dikatakan diilhamkan daripada kenderaan jenis Ferrari milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


"Kami bangga untuk terus menaja JDT dan seperti kita tahu pasukan ini bukan sahaja akan bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) malah akan membuat penampilan pertama pada aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL).

"Reka bentuk jersi berkenaan juga direka mengikut potongan badan pemain selain memberi keselesaan di bahagian bahu. Malah jersi itu lebih ringan dan mengikut falsafah JDT iaitu bergerak ke hadapan maka kami juga seiring dengan pasukan itu," kata Ernest.

Jersi berteknologi tinggi bukan sahaja akan dipakai skuad Harimau Selatan malah ia membabitkan Johor Darul Ta'zim II (JDT II), skuad Piala Presiden, skuad Piala Belia dan pemain Akademi JDT dan harga jersi pemain adalah RM549 manakala replika jersi untuk penyokong adalah RM185.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.