Header Ads

NASA Cuba Sembunyikan Kebenaran - Asteroid Gergasi Bakal Hentam Bumi


Sebelum ini, pihak NASA ada mengeluarkan perkiraan yang menunjukkan satu batuan angkasa asteroid bakal berlanggar dan menghentam bumi pada tahun 2019. Namun, dalam makluman terbaru, pihak NASA secara tiba-tiba menidakkan kajian terbabit dan dilihat seperti ingin menyembunyikan kebenaran.

Asteroid gergasi yang diberi nama 2002 NT7 itu sebelum ini dikatakan bakal memasuki atmosfera bumi pada kelajuan 60,000 kilometer sejam dan menurut perkiraan pihak NASA, ia akan berlaku pada 1 Februari 2019.

Bagaimanapun, ramalan mengenai asteroid 2002 NT7 itu ditarik serta-merta oleh pihak NASA. Pihak NASA turut berkata, mereka akan mengira semula dan batuan itu juga dikatakan hanya akan melalui bumi tanpa sebarang perlanggaran, dijangka pada 13 Januari ini.

Dalam pada itu, ahli teori konspirasi menyifatkan pihak NASA cuba untuk menutup ancaman berkenaan daripada pengetahuan umum.

Ujar mereka, 2002 NT7 merupakan asteroid yang diklasifikasikan sebagai 'risiko impak positif' yang dipercayai bakal menghentam bumi.

Namun, NASA secara tiba-tiba mengumumkan bahawa ia bukanlah satu ancaman setelah perkara itu menjadi topik perdebatan hangat.

Malah sepanjang 2018 sahaja sebanyak 75 video mengenai asteroid 2002 NT7 dimuat naik ke laman Youtube.

Sumber: MStar


Powered by Blogger.