Header Ads

Marlboro dan Chesterfield Akan Teruskan Cadangan Untuk Hentikan Pengeluaran Rokok Tembakau


Nampaknya peengeluar besar industri rokok tembakau iaitu Marlboro dilihat begitu serius dalam langkahnya untuk menghentikan pengeluaran rokok tembakau. Ini diumumkan oleh syarikat induk Marlboro, Philip Morris International, PMI yang bercadang untuk menghentikan penjualan dan pengeluaran utama mereka.

Sebelum ini, mereka juga telah menyokong kempen berhenti merokok di United Kingdom. Selain itu, jenama lain seperti Chesterfield turut mengikti jejak PMI yang merupakan anak syarikat mereka juga.


Walaubagaimanapun, lain pula yang dilihat oleh kumpulan perubatan penyelidikan kanser UK dengan usaga PMI ini, kerana mereka menganggap pihak PMI mempunyai motif terselindung yang hanya ingin mempromosikan prduk sampingan mereka.

Sehingga kini, pihak PMI masih dalam usaha mereka untuk mengeluarkan produk nikotin bebas asap yang dipercayai akan mengurangkan risiko kepada perokok pasif. Setakat ini PMI telah membuat pelaburan sebanyak $4.5 billion (~RM18.4 billion) untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk terbaharu tersebut.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.