Header Ads

Malu Apa Bossku Slogan Terbaharu Najib Razak


Panggilan terbaru buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang tersebar adalah 'Malu Apa Bossku' yang dilihat menaiki sebuah motosikal Yamaha Y15.

Slogan terbaharu Najib ini dikongsi di akau facebook rasminya yang menunjukkan satu gambar beliau sedang menunggang motosikal Yamaha Y15 dengan nombor pendaftaran '8055ku' atau BOSSKU.

"Saya punya post, ada pula yang panas. Kenapa? Steady lah," tulis Najib. Hantaran dalam tempoh sembilan jam itu mendapat 46,000 reaksi, 6,600 komen dan 5,300 perkongsian.



Perkataan 'bossku' ketika ini menjadi bahasa panggilan dalam kalangan generasi muda terutama mereka yang menunggang motosikal dan ia pada mulanya menjadi gelaran buat pelumba Motogp negara, Hafizh Syahrin.

Pada 11 Januari lalu dalam satu hantaran, Najib juga bertanya kepada pelayar di Facebook antara motosikal jenis Ysuku dan NVX mana satu menjadi pilihan.

"Antara Ysuku dan NVX mana pilihan kalian? Ride santai," tulis Najib.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.