Header Ads

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia Pada 17 Januari Ini


Pada 17 Januari ini, keputussan Sijil Tinggi Agama Malaysia, STAM 2018 akan dikeluarkan dan seramai 10,078 calon terlibat untuk peperiksaan tahun lepas.

KPM dalam satu kenyataan berkata calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.

Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar.

Menurut KPM, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 yang akan diaktifkan bermula 10 pagi 17 Januari 2019 hingga 6 petang 23 Januari 2019 atau melalui laman web Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan.

Sumber: Bernama

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.