Header Ads

Fox Entertainment Group Pula Saman Genting Malaysia Sebanyak RM192 Juta


Pelbagai berita yang kita dengar mengenai masalah yang dihadapi oleh pihak Genting Malaysia apabila Fox menarik diri dari meneruskan pembinaan taman tema mereka di Malaysia.

Terbaru, Fox Entertainment Group dikatakan akan menyaman pihak Genting Malaysia yang bernilai $46.4 juta bersamaan RM192 juta dengan alasan sebagai ganti rugi, yuran lesen tahunanm royalti, bayaran balik kos perjalanan seperti yang termaktub di dalam memorandum perjanjian pada 1 Jun 2013 lepas.

Perjanjian berkenaan juga menyebut pihak Fox mempunyai hak ke atas lesen harta intelek tapak berkenaan. Hak tersebut diperoleh daripada persetujuan bersama untuk menghasilkan gambar bergerak dari salah satu anak syarikat Fox untuk reka bentuk, pembangunan dan pembinaan di sekitar tapak projek.

Sebelum ini, Genting Malaysia turun menyaman pihak Fox kerana tidak mahu meneruskan projek yang telah ditandatangani dan kini pihak Genting akan menilai dan mengkaji semula perkara yang dibangkitkan bersama pihak guaman mereka berhubung saman dari Fox.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.