Header Ads

Filem Aquaman Berjaya Capai Kutipan Tertinggi DCEU


Filem Aquaman yang telah mula ditayangkan di pawagam telah berjaya menguti USD887.6 juta dan ini merupakan kutipan tertinggi pihak DC Extended Universe berbanding dengan julah sebelumnya USD873.5 juta yang dikutip melalui filem Batman v Superman: Dawn Of Justice.

Penampilan pertama Aquaman yang dibawakan oleh Jason Momoa dapat dilihat melalui filem Justice League yang hanya mengutip jumlah keseluruhan USD657.9 juta.



James Wan nampaknya berjaya mengembalikan keyakinan penonton kepada dunia DCEU dan nampaknya Aquaman akan dapat terus mencipta jumlah yang lebih besar memandangkan tempoh tayangannya masih berlangsung.

Powered by Blogger.