Header Ads

Datuk Seri Siti Nurhaliza Kini Memasuki 40-an


Hari ini, 11 Januari merupakan hari kelahiran Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ke-40 dan setiap kali tiba ulang tahunya, pasti stesen radio tempatan akan memainkan lagu-lagunya.

Namun, Sini Nurhaliza melihatkan rasa segannya apabila berkata, " Kadang-kadang segan pula rasanya apabila stesen radio memainkan lagu-lagu saya setiap kali tibanya ulang tahun kelahiran,".

Pada hemah Siti, situasi tersebut mungkin akan dianggap sebagai berlebihan namun bagi warganegara Malaysia, menghargai figura bernama Siti Nurhaliza sempena hari jadi bagaikan telah menjadi rutin wajib, lebih-lebih lagi bagi pemuja tegarnya.

Nama Siti Nurhaliza sememangnya telah menjadi satu nama yang amat disenangi rakyat Malaysia sejak ia memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi pada usia 16 tahun. Bukan sekadar lagu-lagunya yang memberi nilai sentimental, malah kehadiran Siti dalam dunia seni Nusantara sejak sekian lama telah meninggalkan impak positif dalam kalangan peminat.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.