Header Ads

Amaran Buat Pemilik Restoran Agar Tidak Perdaya Pelanggan Islam


Masalah yang melibatkan pemilik premis makanan yang sering dilihat memperdaya atau mengelirukan pengguna terutama umat Islam semakin menjadi-jadi sekarang. Oleh itu, KPDNHEP memberi amaran kepada mereka agar tidak menggunakan Islam untuk kepentingan mereka.

Kesalahan itu termasuk ketiadaan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta mempamerkan tulisan dan memasang bacaan ayat suci al-Quran di premis makanan walaupun pemiliknya bukan beragama Islam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam, berkata “Kita sememangnya mengambil maklum mengenai aduan berkaitan premis yang didapati mengelirukan dan menyebabkan kebimbangan kepada pengguna Islam.

“Sepanjang tahun lalu, kita menerima sebanyak 22 aduan mengenai perkara itu membabitkan status halal yang merangkumi bukan saja tiada SPHM, malah penggunaan bahan makanan di premis makanan.

“Justeru, kita meminta pemilik restoran mengelak daripada membuat penampilan yang boleh memperdaya dan mengelirukan pengguna seolah-olah premis itu menjual makanan halal,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.