Header Ads

45 Tahun Memerintah - Sultan Ahmad Shah Serah Takhta


Setelah hampir 45 tahun memerintah negeri Pahang, Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang merupakan Sultan Pahang kelima telah menyerahkan takhta kepada anakanda baginda, Tengku Abdullah.

Pengumuman berhubung pelantikan Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis khas di Istana Abu Bakar di Pekan hari ini.


Pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang akan diadakan pada 15 Januari ini.

Cadangan melantik Tengku Abdullah dibuat ekoran keadaan Sultan Ahmad Shah yang kini berada dalam keadaan gering dan dikemukakan pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam setelah perbincangan diadakan di kalangan kaum keluarga dan dipersetujui sebulat suara.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.