Header Ads

Perodua Pula Tampil Dengan SUV Terbaru Mereka


Selepas Proton melancarkan model SUV X70 pertama mereka dua minggu yang lalu, kini Perodua pula mengumumkan akan tampil dengan pelancaran SUV D38L apabila telah mengeluarkan satu video acah untuk model terbaru SUV yang ketiga  mereka di Facebook rasmi Perodua.

Suv Perodua ini dilihat lebih memfokuskan kepada keluasan ruang dalaman yang dikatakan mempunyai tujuh tempat duduk dan mempunyai sistem keselamatan Advanced Safety Assist, ASA.

Perodua menampilkan model terbaru ini dengan enjin yang efisien bertaraf EEV dengan Dual DVVT-i 1.5L 2NR yang sama seperti enjin Myvi dengan penggunaan bahan api sebanyak 15.6km/l dan juga mempunyai sistem ‘start/stop’ automatik.

SUV D38L Perodua ini dibina di kilang yang sama dengan Toyota Rush, ianya mempunyai banyak perbezaan dari segi binaan bamper depan dan belakang, gril dan kemasan sisi serta kemasan dalam lampu LED depan dan belakang juga berbeza sama sekali dengan binaan yang dilakukan kepada model Toyota Rush.

Perodua turut meletakkan ciri-ciri tempatan dan ia dibina oleh vendor milik anak tempatan Malaysia dan ini bertepatan dengan apa yang ingin dicapai Malaysia.





Powered by Blogger.