Header Ads

KFC Tampil Perjelas Punca Kenaikan Harga Hidangan Mereka


Semalam telah tersebar gambar yang menunjukkan menu restoran Kentucky Fried Chicken KFC yang dilihat telah berlaku kenaikan harga dan mendapat pelbagai respon dari natizen. Berikutan itu, pihak KFC telah menjelaskan bahawa bermula Disember 2018, harga makanan mereka telah dikemaskini dan ia termasuk 6 peratus cukai jualan dan perkhidmatan SST.

“Untuk tujuan ini, kami berharap para pelanggan memahami menu kami telah disediakan secara khusus untuk menawarkan nilai bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza,” kata kenyataan itu.

Walaubagaimanapun, memang terdapat perbezaan harga yang amat ketara apabila ada yang telah membandingkan harga Snack & Dinner Plate yang kini telah dijual pada harga RM12.50 dan ia tidak pernah berlaku sejak diperkenalkan pada tahun 2015.

Turut kecoh di sosial media semalam apabila ramai pengguna tidak berpuas hati dengan harga baharu itu seperti harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.