Header Ads

Israel Akan Menggunakan Pelbagai Cara Untuk Menghalang Palestin ke PBB


Terkini, Menteri Luar Pihak Berkuasa Palestin, Riyad al-Maliki akan membuat dan menghantar permohonan keahlian penuh PBB ke Majlis Keselamatan pada awal tahun hadapan.

Berikutan dengan itu, Israel seperti biasa terus menyatakan janji mereka untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk menghalang cubaan penduduk Palestin bagi mendapatkan status keahlian penuh PBB yang dilihat akan mengiktiraf Palestin di peringkat antarabangsa.

“Kami bersedia untuk menghalang inisiatif ini. Penduduk Palestin membayar pengganas dan menggalakkan keganasan, namun mahu menjadi ahli PBB.

“Dasar pemusnah Palestin menggalakkan banyak serangan pengganas kebelakangan ini dan kami akan menghalang cubaan mereka dengan delegasi AS,” kata duta PBB Israel, Danny Danon.

Ramai diplomat berkata, sebarang tindakan penduduk Palestin untuk mendapatkan keahlian penuh PBB akan berdepan veto AS di Majlis Keselamatan.

Sumber: BH
Powered by Blogger.