Header Ads

Che Ta Jawab Isu Mengenai Fail Cerai


Rozita Che Wan atau lebih selesa dipanggil Che Ta dilihat terkejut apabila ditanya mengenai status rumah tangganya yang dikaitkan dengan isu memfailkan penceraian baru-baru ini. Oleh itu, ini adalah reaksi Che ta berhubung perkara berkenaan.

"Saya terkejut bila ditanya oleh pengurus saya berkaitan perkara itu. Informasi itu tidak benar atau salah artis.

“Lagipun, fakta-fakta yang mungkin diberikan tentang artis itu bukannya saya seorang sahaja yang ada anak menerusi perkahwinan terdahulu.

“Saya tidak ke mahkamah syariah, tetapi akan ke mahkamah tinggi atas urusan tuntutan berkaitan bines,” jelas Che Ta.

Jadi perkara itu sama sekali tidak betul dan untuk pengetahuan korang, pasangan selebriti Che Ta dan suami Zain Saidin selamat diijabkabulkan awal Disember 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 4 tahun.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.