Header Ads

2,200 Penempatan Haram Yahudi Diluluskan Oleh Israel


Pihak berkuasa Israel memajukan permohonan hampir 2,200 rumah pendatang Yahudi di Tebing Barat, kata badan NGO Peace Now, hari ini, dan ia adalah kelompok kelulusan pertama, sejak pilihan raya awal diumumkan, awal minggu ini.

Difahamkan, sebuah jawatankuasa kementerian pertahanan yang bertanggungjawab terhadap projek itu meluluskan beberapa rancangan, semalam dan hari ini, menurut kenyataan kumpulan pemerhati penempatan terbabit.

Kerajaan nasionalis Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bersetuju membubarkan parlimen, Isnin lalu dan mengadakan pilihan raya pada 9 April depan.

Difahamkan, penempatan Yahudi memainkan peranan penting dalam politik nasionalis Israel.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.