Header Ads

Taylor’s University Kini Berada Ditempat Ke-4 Di Dunia Dan Tertinggi Di Asia!


Taylor’s University bukanlah sebuah nama universiti yang asing lagi di Malaysia malahan di dunia kerana rekod yang tercipta dari tahun ke tahun. Tahniah diucapkan kepada Taylor’s University kerana baru-baru ini telah tersenarai dalam Penarafan Pekerjaan Graduan QS 2019 sebagai universiti ke-4 terbaik di dunia dan terbaik di Asia yang diukur melalui kadar kualiti graduan yang dihasilkan.

Seperti yang kita tahu, kehebatan sebuah universiti itu bukan setakat diukur dari pencapaian graduan mereka semasa masih belajar sahaja tetapi tentang kualiti graduan yang dihasilkan selepas sahaja mereka tamat belajar dan memasuki dunia pekerjaan yang jauh lebih mencabar.

Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University, Profesor Michael Driscoll, menyatakan kegembiraannya atas pengiktirafan ini, yang boleh disifatkan sebagai satu pencapaian besar bagi sebuah universiti baru.

“Pencapaian ini membuktikan hubungan kukuh yang telah dipupuk oleh Taylor’s dengan majikan, membolehkan kami menyusun kurikulum yang memberi kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh pelajar untuk kerjaya masing-masing.”

“Pencapaian terbaru ini diperolehi selepas kami mengukuhkan prestasi kami dalam 2019 QS World University Rankings, dengan menduduki tempat ke-216 penarafan antarabangsa, atau dalam kalangan 1 peratus institusi pengajian tinggi teratas di dunia. Ini membuktikan prestasi kami dalam bidang reputasi majikan dan kualiti graduan yang kami lahirkan.”

“Taylor’s adalah satu-satunya universiti swasta Malaysia yang tersenarai dalam kumpulan 10
universiti di Malaysia dalam QS World University Rankings dan QS Asia University Rankings. Kini kami juga merupakan satu-satunya universiti swasta yang diiktiraf kerana kadar kebolehpasaran graduannya,” kata Profesor Driscoll.

Menurut beliau, semua pencapaian ini adalah hasil kerja keras dan dedikasi seluruh kakitangannya selama ini dalam menghasilkan grauduan yang berkualiti tinggi dan mampu berdaya-saing apabila memasuki bidang pekerjaan selepas graduasi.

Dengan hubungan Taylor’s University dan kerjasama dengan pelbagai pihak majikan di Malaysia serta pencapaian hebat melalui sistem ranking QS ini sekaligus menobatkan Taylor’s University sebagai sebuah universiti tertinggi di dalam kelasnya dalam menghasilkan graduan yang berkualiti tinggi.

Anda boleh mengasah kemahiran anda sebagai persediaan untuk menghadapi masa depan dengan menghubungi Taylor’s University di 03-5629 5000, e-mel: applications@taylors.edu.my atau layari www.taylors.edu.my untuk maklumat lanjut.


Kredit: Taylor's University



Powered by Blogger.