Header Ads

Setelah Mendapat Sokongan Kewangan Dari Negara China Dan Arab Saudi, Kini Khan Berkunjung ke Malaysia


Perdana Menteri Pakistan Imran Khan akan mengunjungi Malaysia esok di mana beliau kemungkinan mendapatkan sokongan kewangan bagi meminimumkan kebergantungan negara itu terhadap pakej bantuan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).

“Lawatan Khan akan memberi peluang mengukuhkan lagi hubungan dua hala mesra sedia ada menerusi lanjutan hubungan ekonomi, perdagangan dan komersial untuk manfaat bersama,” kata kenyataan itu. Pakistan berdepan jurang kewangan bernilai AS$12 bilion (RM50.29 bilion) untuk tahun fiskal semasa.

Kerajaan Pakistan berusaha meminimumkan jumlah dipinjam daripada IMF dengan mendapatkan pinjaman negara ‘mesra’ seperti Arab Saudi, China dan Malaysia ketika pihak berkuasa di sini percaya, peminjam global mungkin menyertakan syarat sukar.

Awal bulan ini, Khan mengunjungi China, yang dilaporkan bersetuju memberi bantuan AS$6 bilion (RM25.14 bilion) kepada Pakistan dan Arab Saudi turut berkata, ia akan menyediakan pakej menyelamat AS$6 bilion kepada Pakistan ketika kunjungan beliau ke negara pentadbiran diraja itu.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Powered by Blogger.