Header Ads

Program 'Zero Food Waste' Dilancarkan Aeon Big


Aeon Big kini melancarkan satu program yang dipanggil 'Zero Food Waste' bagi seluruh negara. Langkah ini diambil bagi menunjukkan sikap peruncit yang bertanggungjawab terhadap pembaziran itu.

Menurut Pengarah Urusannya, Masayoshi Masuda, program ini diasaskan dengan mengambil kira saranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya lebihan makanan daripada industri peruncitan dapat dikawal.

Untuk itu katanya, Aeon Big terpanggil untuk turut bersama KPDNHEP dalam menjayakan program Food Bank Malaysia.

"Sebagai sebuah syarikat peruncitan yang bertanggungjawab, kami percaya bahawa program ini akan berjaya mencapai objektif dengan mengumpul lebihan makanan yang tidak terjual untuk disalurkan kepada kumpulan sasaran supaya secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kos sara hidup," katanya.

Oleh itu, untuk merealisasikan  ia, mereka akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen yang akan mengambil lebihan makanan berkenaan untuk disumbangkan kepada golongan memerlukan.
Powered by Blogger.