Header Ads

Menteri Perlu Lebih Cekap dan Harus Tahu Sensitiviti Masyarakat -Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui menteri tidak sensitif apabila mengeluarkan kenyataan mengenai cadangan kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Saya percaya landasan (Islam agama persekutuan dan hak keistimewaan orang Melayu) ini bukan ditolak kerajaan lantaran kenyataan (menteri) mungkin kadang-kadang mengelirukan.

“Ini kerana, kerajaan baru (dibentuk) enam bulan. Menteri juga baru dan kenyataan tak semua cekap dan matang,” katanya.

Ketidakcekapan menteri itu adalah perkara yang berlaku dalam kerajaan yang baru dibentuk dalam tempoh enam bulan.

Oleh itu, Anwar mahu mereka peka terhadap sensitiviti di negara ini supaya ia tidak memberi kesan buruk masyarakat.

“Kita harus tahu sensitiviti masyarakat. Kenyataan harus direnungkan implikasi. Kebimbangan ada.

“Saya tak setuju dengan kadang-kadang teguran melampau mengatakan kita tak lagi Melayu, tekan masyarakat Melayu.

“Saya berpendapat tak payah (perlu) bagi ruang bincang begini kerana keutamaan kita kalau jamin keadilan... tidak ada lagi keresahan,” tambahnya lagi.

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Powered by Blogger.