Header Ads

-->

Selalu Pening Pasal Internet Bila Ke Luar Negara? Lepas Ni Tak Pening Lagi Dah!


Ini kisah tentang Ohmedia sendiri yang selalu juga kena travel ke Jakarta, Bangkok, dan Hong Kong atas urusan bisnes. Masalah paling utama bila ke sana punyalah leceh bila nak kena tukar simcard segala bagai. Nasiblah ada Wifi kat hotel. Itu pun kalau Wifi kat hotel ok. Almaklumlah kadang-kadang tu Wifi kat hotel ni laju sikit je dari kura-kura. Haha.

Nak bergantung dengan Wifi kat hotel pun susah bila nak keluar ke mana-mana, susah nak kongsi apa-apa kat media social, nak buat carian tempat makanan halal dan lokasi-lokasi menarik pun susah. Nak guna Waze pun tak boleh apa entah lagi nak order Grab. Aduhai. Semua jadi masalah phone dah canggih tapi takde line internet ni. Huhu.

Kalau nak tukar simcard, masalah lain pula yang datang bila semua panggilan dari Malaysia tak lagi dapat kita terima. Ye la siapa suruh tukar simcard ye tak? Jadi bagi Ohmedia, tukar simcard ni bukanlah satu tindakan yang bijak dan pakej internet kat luar negara ni bukannya murah pun. Korang pun mesti ada masalah yang sama kan? Jadi macam mana lagi nak selesaikan isu ni? On roaming? Selalunya korang on tak roaming? Nanti terer gila bil data korang kan? Tapi Ohmedia sekarang dah dapat tau ada satu pelan roaming yang amat berbaloi untuk para pengguna. Nak tau lagi? Meh tengok video ni.


Dah tengok dah video tu? Dengan Digi Postpaid ni, sekarang apa-apa pun masalah pasal bil roaming pun dah lenyap. Bermacam-macam faedah yang terdapat dalam pelan ini terutamanya Oh!Media dapat ber-roaming dengan 5GB percuma di 10 negara! Macam dalam video tersebut, kalau rindu dengan keluarga ataupun dengan si Dia semasa berjauhan boleh jugak on roaming untuk berhubung tanpa risau.

Bukan tu saja, 60-minit roaming voice call dan IDD call percuma pun termasuk dalam pelan ini, bolehlah nak bual panjang kala dengan si Dia kat tanah air tanpa risau pasal timezone. Bolehla buat2 romantik dengan pasangan macam video tu, kalau nak main piano ke gitar ke semua boleh nampak HD dengan video call.


Oh!Media ni memang dapat kepuasan dari pelan Digi Postpaid ini jadi silalah cuba sendiri. Jarak tu memang tak dapat dirasai dengan pelan ini!

Apa yang menarik dan berbaloi tentang pelan ni? Pelan ni bukan sahaja boleh digunakan masa bercuti kat luar negara, anda juga boleh menikmati 100GB internet percuma termasuk panggilan ke semua network tanpa sempadan dalam negara juga!

Tengah tunggu apa lagi? Daftar dan dapatkan pelan Digi Postpaid ini sekarang!
Powered by Blogger.