Header Ads

-->

Aliff Syukri Mahu Jual Rumah Bak Istana Miliknya


Rumah agam milik Datuk Seri Aliff Syukri yang dikenali sebagai Palace of Aliff Syukri sememangnya sangat mewah dan luas seperti istana. Dilengkapi dengan 30 bilik tidur dan landskap yang begitu indah sekali, Aliff menerusi portal Media Hiburan memberitahu beliau sedia untuk menjual rumah berkenaan kepada sesiapa yang berminat pada harga RM 43 juta lengkap dengan perabotnya sekali.


Antara tujuan utama beliau ingin membeli sebuah hotel adalah unutk menampung gaji serta keperluan pekerjanya. Bukan itu sahaja, Aliff berkata pada masa yang sama beliau boleh menjana pendapatan lain juga.

Umum mengetahui Aliff seorang yang sangat cerewet dan begitu ‘detail’ menghias rumahnya. Semua perabot dan barangan yang ada di dalam istananya itu cukup mewah dan diimport daripada London, Itali serta Sepanyol. Siapa yang beli memang untung, tidak perlu pening kepala lagi.
Powered by Blogger.