Header Ads

-->

Trailer Munafik 2 Buatkan Syamsul Sebak

Image result for syamsul yusof munafik 2

Dalam tempoh kurang 24 jam, video trailer rasmi filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof berjaya mencatat lebih 2 juta tontonan di Facebook dan YouTube selepas dimuatnaik, kira-kira 9 malam tadi.

Syamsul ketika dihubungi berkata, dia sebak melihat sambutan diberikan peminat yang ternanti-nantikan filem arahan dan lakonannya yang dijadual ditayangkan di pawagam tempatan pada 30 Ogos ini.

"Sambutan diterima bukan saja di YouTube yang berjaya mencatat lebih 80,000 tontonan tetapi turut boleh ditonton di Facebook yang kini sudah mencecah 2 juta tontonan.

"Ia adalah sesuatu yang luar biasa dan sangat bersyukur kerana tidak menyangka mendapat sambutan sebegini hebat daripada peminat tempatan dan luar negara," katanya gembira.

Disebabkan sambutan itu juga, dia akui gementar kerana pastinya sudah meletak harapan yang sangat tinggi kepada penonton kelak.

Berdasarkan tinjauan dibuat di laman YouTube, trailer filem ini mendapat maklumbalas positif daripada peminat tempatan dan luar negara terutama dari Indonesia.

Filem terdahulu berjudul Munafik pernah mendapat lebih 15,000 tontonan ketika ditayangkan di beberapa pawagam Indonesia pada 2016.

Selain Syamsul, filem seram Munafik 2 turut menampilkan Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali, Fauzi Nawawi, Mawi dan ramai lagi.
Powered by Blogger.