Header Ads

-->

Puteri Balqis Sudah Boleh Berlari


Selepas berita mengenai keadaan kesihatannya menjadi perhatian, pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis berkongsi keadaan terkini dirinya menerusi siaran langsung di Instagramnya.

Pelakon yang pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2014 ini kelihatan gembira beriadah di taman permainan.

"Aqish dah sihat sikit, dah boleh lari-lari dan dah makan. Nanti doakan supaya Aqish lebih sihat ya," ujarnya yang turut menunjukkan rambut terkini yang sudah dipotong pendek ke paras bahu.

Kisah Balqis mendapat perhatian ramai apabila dia memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram bersama tanda pagar #fightcancer.

Ibu Balqis, Norashikin Mohd Aziz memaklumkan kepada mStar Online, anaknya kini sedang mendapatkan rawatan pakar.

Dia juga mengharapkan keadaan Balqis kembali pulih dan akan berkongsi berita baik dengan peminat.

Sebelum ini, menerusi laporan portal berita, Norashikin telah mengesahkan anaknya menghidap kanser.

Balqis mengalami demam berpanjangan pada Mei di samping kerap muntah dan disahkan mempunyai masalah jantung.

Oh! Media: Semoga adik aqish terus bersemangat dan ceria selalu.

Powered by Blogger.