Header Ads

-->

Biarkan Mereka Terus Melalak


Personaliti fesyen Wak Doyok berkata dia dalam proses mencari jalan penyelesaian terbaik membabitkan dirinya dengan bekas 'pembantu peribadi (PA)' iaitu Asyraff Mazlan.

Wak Doyok atau nama sebenar Mohd Azwan Md Nor, 39, turut menjelaskan apa yang berlaku di antara mereka bukanlah gimik atau lakonan untuk melariskan produk.

"Sebenarnya saya tak boleh komen banyak tentang hal ini kerana ia masih dalam siasatan kes dan perlu mendapatkan penjelasan daripada peguam terlebih dahulu.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak membalas sebarang komen, biarkan mereka terus melalak kerana apa yang saya buat ini merupakan tindakan yang betul.

"Isu ini menyebabkan saya menerima tekanan hebat di sosial media sehingga orang menuduh saya menipu dan ingin saya tegaskan ini bukan gimik, ia benar-benar terjadi.

"Saya hanya memberitahu perkara yang benar iaitu dia bukan lagi PA saya, tapi pihak sana yang melatah menunjukkan pelbagai bukti dan keluarkan dokumen sulit syarikat," katanya kepada mStar Online.

Wak Doyok ditemui pada majlis pelancaran ketika ditemui pada majlis pelancaran jamu Mutyara di WowKL, Kuala Lumpur pada Rabu.

Awal bulan ini, nama Wak Doyok menjadi perbualan hangat netizen apabila dia dituduh menipu dengan menganggap Asyraff sebagai pembantu peribadi sedangkan lelaki itu merupakan pemegang saham terbesar di bawah jenama Wak Doyok.
Powered by Blogger.