Header Ads

Terbubar Sudah Kelab Peminat Fattah Amin


Siapa tidak kenal dengan pelakon lelaki popular  kegilaan ramai wanita ini iaitu Fattah Amin. Memang tidak dinafikan nama Fattah Amin semakin meningkat naik dan ia kerana adanya penyokong atau peminat yang setia bersama pelakon ini.

Baru-baru ini, kelab peminat rasmi Fattah Amin, The Fa Team, akhirnya dibubarkan selepas lima tahun ditubuhkan untuk menyokong kerjaya seninya.

Makluman ini telah dimaklumkan dan dimuat naik di laman Instagran kelab tersebut, @TheFa_Team.


"Rasanya tidak perlu tempoh bertenang yang kami inginkan. Selagi mana ada pihak yang masih tidak mahu berlapang dada, selagi itu keadaan akan menjadi keruh dan tak ada kesudahan.

"Kami mohon maaf sekiranya kenyataan kami siang tadi menimbulkan kacau bilau, apatah lagi untuk menjatuhkan maruah sesiapa seperti digambarkan segelintir pihak," tulis wakil kelab tersebut.

Difahamkan keputusan tersebut dibuat setelah status yang dimuat naik mereka sebelum itu telah menimbulkan salah faham dan perbalahan di kalangan peminat pelakon Hero Seorang Cinderella itu.

“Jangan kata kami tak sayangkan Fattah Amin. Hanya ALLAH yang tahu macam mana sayangnya kami pada dia. Lima tahun kami dengan dia. Dari dia tak ada apa-apa sampailah dia ke tahap sekarang.

“Kami lalui bersama-sama Fattah Amin, kami pertahankan, kami jaga, kami tatang Fattah Amin seperti keluarga kami sendiri. Terlalu banyak kenangan pahit, manis untuk kami kenang,” luahnya.

Dalam masa yang sama, individu terbabit juga menegaskan, kelab tersebut tidak pernah mengambil kesempatan ke atas Fattah, sebaliknya sentiasa menyokong kerjaya seni pelakon terbabit.

“Kami tidak minta banyak cuma jangan pertikaikan nawaitu kami selama lima tahun bersama Fattah.

“Mungkin kami bukan yang terbaik, tapi tidak pernah mempunyai niat lain selain mahu melihat Fattah  Amin berjaya.

“Selama lima tahun  rasanya tiada apa pun kesempatan yang kami ambil ke atas Fattah Amin," ujarnya.


Dikuasakan oleh Blogger.