Tiada Lagi Sekatan, Bayaran PTPTN Ditangguhkan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tiada Lagi Sekatan, Bayaran PTPTN Ditangguhkan


Kementerian Pendidikan telah merealisasikan janji bagi pengangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ) bagi mereka yang berpendapatan RM4,000. 

Berita baik ini telah dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr.Maszlee Malik yang menyebut peminjam yang belum memperoleh gaji RM4,000 sebulan dikecualikan daripada sebarang pembayaran. Tindakan ini katanya akan berkuar kuasa serta-merta untuk memenuhi janji 100 hari selepas Pakatan Harapan menang PRU14.


Pengumuman ini juga bukan bermakna pemansuhan sepenuhnya, tetapi jika peminjam yang belum mencapai gaji RM4,000 ingin meneruskan bayaran PTPTN amatlah dialu-alukan - katanya.

Jadi, lepas ni korang bolehlah pergi keluar negara bagi siapa yang berhajat untuk berkerja di sana. Rancanglah perjalanan hidup anda sebaik-baiknya dan ingat yang anda masih perlu berusaha untuk membayar balik pinjaman anda. 
Dikuasakan oleh Blogger.