Header Ads

Chrome 54 dalam Chromebook dengan Quick View dan window switching yang lebih baik



Chrome 54 telah pun sedia untuk desktop dan peranti Android untuk beberapa minggu sekarang, dan jika anda telah menikmati ciri-ciri mereka tetapi bagi pengguna chromebook yang masih tidak ada lagi, anda boleh rasa gembira sekarang ini kerana anda sudah boleh menikmatinya. Chrome OS 54 kini boleh didapati di saluran yang stabil dan ia di datangkan dengan fungsi Quick View dan juga fungsi lain seperti window switching yang lebih baik dan pelbagai lagi, ditambah pula dengan penambahbaikan dan pembetulan bugs.

Quick View menjadikan ia lebih mudah untuk anda melihat tentang fail anda, tanpa perlu membuka aplikasi atau program yang berkaitan dengannya. Pada Chromebook anda, anda boleh highlight fail yang anda mahu ambil gengan mengintip sahaja fail yang anda mahu kemudian klik Space Bar dan anda akan mendapat gambaran tentangnya. Jika ia gambar, anda akan melihat pratonton kecil di sebelah kiri manakala di sebelah kanan, anda akan mendapat saiz, masa diubahsuai, resolusi, jenis fail, dan lain-lain. Perkara yang pelik ialah tidak ada preview untuk fail Google Drive atau PDF, tetapi anda masih akan melihat maklumat yang lain yang anda perlukan, dan kadang-kadang ia cukup untuk membuat keputusan sama ada atau tidak untuk membuka fail tersebut.


Alt-tab adalah refleks kepada apa yang kita lakukan dan memerlukan untuk menukar tab, tetapi dengan Chrome 54, anda mempunyai overlay di tengah pada skrin supaya anda lebih mudah untuk menukar tab yang anda mahukan.Terdapat beberapa perubahan sedikit seperti anda mendapatkan anak panah pada log-in skrin anda untuk kata laluan atau penampilan yang berbeza untuk overlay yang muncul apabila anda berlegar atas tab atau penanda buku.

Chrome OS 54 kini dilancarkan dengan peranti Chromebook, dengan beberapa pengecualian seperti, G1 HP Chromebook 13, Acer Chromebook 14 untuk Pekerja dan Thinkpad 13 Chromebook. Mudah-mudahan, mereka akan mengikuti juga.

Sumber Dari : 9to5google
Dikuasakan oleh Blogger.