Header Ads

Filem Radhi Rudy Bin Dadu Naskah Terbaru Gandingan Hebat Sofi Jikan dan Taiyuddin Bakar



Kalau anda tanya kami apa filem best yang boleh ditonton bermula 8 September 2016 ini, salah satunya adalah filem Radhi Rudy Bin Dadu. Ini antara filem yang dikategorikan sebagai komedi ringan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Filem di bawah arahan Arjin Uppal ini cuba membuat kelainan dengan menampilkan pelakon berbakat besar, Sofi Jikan yang buat pertama kalinya bergandingan dengan Taiyuddin Bakar (Apa Celop Toqq) di bawah satu filem.


Sinopsis.

Radhi Rudy Bin Dadu merupakan sebuah kisah komedi yang memaparkan nilai kekeluargaan dan kisah cinta dua pemuda dan seorang duda. Kisah ini menceritakan tentang duda, Tuan Kassim dan dua orang anak lelakinya yang sering membawa masalah iaitu Radhi dan Rudy. Tuan Kassim sangat mengambil berat dan risau dengan kerenah anak-anaknya yang menunjukkan mereka tidak mempunyai masa depan yang cerah dalam kehidupan akan datang.


Konflik bermula apabila anaknya masing-masing telah berjumpa dengan pasangan mereka sendiri Tasha dan Rita. Namun Zakiah, ibu kepada dua wanita Tasha dan Rita yang ingin dikahwinkan adalah buah hati Tuan Kassim dan setelah berjumpa kembali Tuan Kassim ingin berkahwin dengan Zakiah.


Sejak Radhi dan Rudy mengetahui perkara itu mereka cuba menghalang Tuan Kassim dari berkahwin dengan Zakiah sehingga berlaku satu kejadian yang tidak disangka iatu ugutan dari seorang gangster. Ugutan itu berpunca kerana Radhi dan Rudy telah menipu anak ketua gangster itu dengan jumlah duit yang banyak. Radhi dan Rudy terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikannya setelah keluarga mereka diculik oleh gangster itu.

Pelakon.

Sofi Jikan - Radhi
Taiyuddin Bakar - Rudy
Rasha - Puteri Sarah Liyana
Usop Wilcha - Tuan Kassim
Khatijah Tan - Zakiah
Dikuasakan oleh Blogger.