Fezrul Khan Kini Bercerai Selepas 3 Tahun Berkahwin - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Fezrul Khan Kini Bercerai Selepas 3 Tahun Berkahwin


Pelakon Fezrul Khan mengesahkan bahawa jodohnya dengan isteri, Noorhafizah Zulkafli, 31 telah sampai ke penghujung apabila mereka berdua sah bercerai dengan talak satu pada Rabu lalu.

Ditanya tentang punca penceraian, Fazrul walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut namun menafikan kewujudan orang ketiga.
"Benar saya sudah bercerai talak satu. Jodoh kami tidak panjang untuk meneruskan lagi perkahwinan ini. Kami bercerai bukan kerana orang ketiga tetapi konflik itu terjadi antara kami sendiri"

"Buat masa ini saya sedang bekerja dan perlu memberikan sepenuh tumpuan supaya tidak hilang konsentrasi. Kalau boleh saya tidak mahu memikirkan atau membincangkan perihal perceraian ini" jelas Fezrul.



Fezrul yang mendirikan dengan Noorhafizah selama 3 tahun telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki yang kini berusia dua tahun.



PUNCA SEBENAR SUAMI INI DI LEPASKAN HUKUMAN GANTUNG WALAUpun BUNUH ISTERI. Jangan TERKEJUT bila korang baca sebab-sebab...

Posted by Oh! Media on Thursday, August 20, 2015
Dikuasakan oleh Blogger.