Header Ads

10 Perkara Ringkas Setiap Hari Yang Boleh Buat Anda Jadi Lebih Bijak





Dalam kehidupan seharian kita, banyak perkara kecil dan ringkas yang dilakukan setiap hari tanpa disedari memberi kesan yang besar kepada diri kita.

10 tips di bawah merupakan perkara ringkas yang kita lakukan setiap hari yang boleh membuatkan otak menjadi lebih cerdas dan bijak.

1. Minum 2 gelas air kosong selepas 30 minit bangun dari tidur

Dua gelas air kosong setiap pagi setelah bangun tidur akan memberi keseimbangan keperluan air yang hilang ketika anda tidur. Kajian mengesahkan bahawa kanak-kanak yang meminum air yang banyak setiap pagi akan memberi ransangan yang lebih baik kepada otak dan mudah untuk menerima pembelajaran sepanjang hari.

2. Baca ringkasan buku semasa waktu sarapan

Membaca buku adalah baik tetapi di waktu sarapan anda perlukan input sesuatu yang lebih pendek. Selain daripada membaca keseluruhan artikel, membaca ringksan buku adalah cara terbaik.

3. Minum teh hijau semasa bekerja 

Teh hijau mempunyai kebaikan yang tinggi kualiti yang mampu memberi ketenangan kepada otak.

4. Tidur sebentar (nap) di siang hari

Nap di siang hari mampu menyegarkan kembali fikiran anda. Kebiasaannya manusia akan mula mengantuk pada waktu tengahari dan 4 petang, jadi ini adalah waktu sesuai untuk anda memberikan fikiran anda rehat untuk seketika dengan nap.

5. Pilih untuk baca buku daripada menonton TV

Membaca buku membuatkan otak kita lebih aktif berbanding ketika menonton TV.

6. Lakukan senaman ringkas di siang hari 

Badan dan otak mempunyai hubungan yang sangat kuat. Kesihatan fizikal yang baik akan membantu otak berfungsi dengan baik. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu ke gym setiap hari untuk mendapatkan kebaikan ini tetapi cukup membuat senaman ringkas dan rengangan badan di rumah.

7. Luangkan masa bersama orang yang lebih bijak dari anda

Tonjolkan diri anda dikalangan orang bijak untuk mendapat pendapat bernas dan mengetahui cara pemikiran mereka.

8. Bercakap dengan orang yang tidak setuju dengan pendapat anda

Jadi lebih ramah dalam perbincangan dengan orang yang tidak bersetuju dengan anda kerana secara tidak langsung anda boleh memperbaiki kelemahan diri dan lebih cekap dalam berhujah.

9. Lihat kehijauan alam semulajadi

Kehidupan alam semulajadi yang hijau mampu memberikan lebih banyak oksigen yang baik untuk otak. Malah, melihat kehijauan mampu menajamkan pandangan mata.

10. Ambil 10 minit untuk rancang hari esok

Rancang jadual untuk hari seterusnya sebelum anda memulakan hari tersebut. Ia akan membuat anda lebih produktif.

-----------------------------------------------------

https://www.facebook.com/ohperfumenista
Powered by Blogger.