Header Ads

(Tahniah) Hanez Suraya Kini Berhijab Sepenuhnya



Pelakon cantik yang baru sahaja melangsungkan penikahan, Hanez Suraya mengesahkan dirinya kini sudahpun berhijab sepenuhnya.

Berita itu disampaikan sendiri oleh Hanez menerusi laman sosial Instagram miliknya dengan kapsyen;

"Semoga penghijrahan saya ini berkekalan.. Amin"



Hanez yang juga baru pulang dari menunaikan umrah bersama suaminya, Romie Razin Adilha memberitahu media Berita Harian bahawa niatnya untuk berhijab sudah tersimpan di dalam hai ketika menunaikan umrah lagi.

“Memang sejak ke sana, hati saya kuat untuk bertudung. Apatah lagi di sana, semua wanita Islam bertudung. Lalu semangat nak bertudung itu jadi semakin membuak-buak. Malah saya sudah mula terfikirkan gaya bertudung macam mana yang sesuai dengan raut wajah ini”

“Saya juga sudah belajar nak lilit tudung dengan baik termasuk melihatnya berpandukan carian Google di laman internet. Cuaca di sana kalau musim panas sama macam Malaysia, jadi bukan alasan untuk saya tidak melakukan yang sama jika sudah berada di Malaysia. Semuanya berbalik kepada soal hati

“Sama ada saya terus bertudung atau tidak, doakan yang baik sahaja. Saya harap ia dipermudahkan. Saya bimbang timbul rasa riak. Biar saya perlahan-perlahan mengikut ‘rentak’ baharu ini. Malahan kalau keluar rumah sekarang pun saya sudah bertudung”

“Cuma saya tak mahu cakap dengan mulut dahulu. Biarlah yang nampak itu…nampaklah,” katanya sambil berharap jodoh perkahwinannya kekal hingga ke jannah."jelasnya.

OHMEDIA: Tahniah buat Hanez Suraya. Semoga terus istiqomah dalam penghijrahan.


Bagai Mati Hidup Semula


Barah tahap 4. Hanya 10% peluang untuk hidup. Siapa sangka En. Muchlis mampu melalui kehidupan normal semula melalui...

Posted by Oh! Media on Monday, April 27, 2015
Powered by Blogger.