Header Ads

Breaking News : Pesawat QZ 8501 Air Asia Sah Terhempas



Kehilangan pesawat QZ 8501 Air Asia selama dua hari akhir terjawab apabila ia telah disahkan terhempas di Selat Karimata.

Berita pilu ini telah diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo setelah beberapa serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi telah disahkan milik pesawat QZ 8501 Air Asia Indonesia.

Beberapa jenazah serta beg udara turut ditemui di lokasi sekitar 190 kilometer arah barat daya Pengkalan Bun, Kalimantan Tengah apabila mula timbul dipermukaan laut.

CEO kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes turut menzahirkan rasa pilu dan dukacitanya terhadap kejadian yang menyayat hati ini.

"Perasaan saya penuh dengan kepiluan untuk semua ahli keluarga yang terbabit dalam QZ8501. Bagi pihak AirAsia, ucapan takziah kepada semua. Tiada perkataan untuk zahirkan kesedihan ini"

Powered by Blogger.