Kemalangan Maut Di Jalan Kulim - Baling - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kemalangan Maut Di Jalan Kulim - Baling


Petang tadi lebih kurang jam 5:40 petang berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Perodua Kancil yang bertembung dengan sebuah Nissan Sentra di Jalan Kulim-Baling sebelum masuk ke Lebuhraya BKE.

Kemalangan berpunca apabila Perodua Kancil yang cuba memotong tetapi gagal,  kemudiannya bertembung dengan Nissan Sentra yang datang dari arah bertentangan.

Pemandu Perodua Kancil maut ditempat kejadian kerana tersepit manakala isteri dan anak lelaki pemandu tersebut turut sama meninggal dunia di hospital. Pemandu dan penumpang Nissan Sentra tersebut menerima rawatan di hospital.





Anggota Bomba dari BBP Baling dan BBP Kulim dikejarkan ketempat kejadian untuk operasi menyelamat. Pihak polis sedang mengenal pasti identiti mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

- Info & gambar dari Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.


Dikuasakan oleh Blogger.