ads

Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Supaya Rezeki Suami Mengalir Deras, Isteri Wajar Lakukan 5 Perkara Ini

 

Peranan seseorang isteri tidak hanya mengatur tempat tinggal serta menjaga anak sahaja, namun juga mengatur kewangan keluarga. Berapapun nafkah yang didapatkan suami, isteri harus bijak mengatur untuk penuhi segala keperluan harian.

Sebagai isteri, ada hal-hal yang dapat dilakukan untuk meningkatkan keberkatan rezeki keluarga yang didapat dari usaha suami.

Tersebut amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh si isteri untuk menaikkan berkatan rezeki yang diperoleh suami agar rezeki keluarga sentiasa melimpah:

1. Berikanlah Beberapa Nafkah dari Suami untuk Orang-tua serta Mertua

Sekecil apa pun atau sedikit apa pun, asingkan beberapa nafkah dari suami untuk orang-tua serta mertua. Meskipun hanya dengan membelikan beras atau keperluan harian yang lain, sedarilah bahawa aspek itu mampu meningkatkan keberkatan rezeki yang didapat.

Tutup telinga rapat-rapat serta janganlah pedulikan apabila terima sindiran atau dibanding-bandingkan dengan jumlah yang didapat dari menantu lain yang lebih besar, jangan pernah jadikan hal itu pemusnah niat baik kita.

Jauhi juga berpikiran seperti itu, “Jangankan untuk orang-tua, untuk keluarga sendiri pun tak cukup! ” atau “Orangtua serta mertua saya sudah kaya! ”

2. Selalu Mengingatkan Suami untuk Memberi Nafkah Keluarga dengan Rezeki Halal


Peranan istri yang lain adalah senantiasa mendoakan serta meningatkan suami supaya memberi nafkah kepada keluarga dari rezeki yang halal.

Kerana besarnya kepentingan rezeki yang halal demi membentuk sebuah keluarga yang baik dan dirahmati Allah.

3. Menghindari Kehidupan Yang Boros

Masak sendiri dirumah lebih menjimatkan daripada makan di luar atau beli makanan dari luar. Malah isteri juga mampu menghindari keluarga dari amalan boros.

Bawakan bekal untuk suami agar tidak perlu makan siang diluar pejabat, juga untuk anak agar mereka tidak makan jajan atau makanan ringan.

Semoga ikhtiar berhemat serta merubah lifestyle itu dapat menaikkan keberkatan rezeki keluarga.

4. Lakukan Beribadah Bersama

Beribadah serta ketakwaan yang kita kerjakan bukan sahaja mendapat pahala malah mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Dorong keluarga untuk melakukan solat berjemaah setiap hari, malah adakan acara ibadah di rumah bersama keluarga seperti berpuasa sunnah Isnin serta Khamis, solat ditengah malam, membaca Al Quran serta yang lain.

5. Jauhi Pertikaian dalam Tempat Tinggal

Pertikaian cuma akan menyalutkan kebencian serta menghilangkan keharmonian rumah tangga.

Isteri haruslah menjadi penyejut dikala suami dalam keadaan stres, bukannya menjadi insan yang menjadi pertikaian yang semakin besar.

Semoga info itu bermanfaat serta dapat diamalkan dalam kehidupan keseharian agar membuat pendapatan suami lebih berkat, melimpah serta mengalir deras.

Kisah Akaun Giro Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz


Sewaktu berkhidmat di kelantan, saya mengenali Abe Ya atau Zakaria sebagai pegawai keselamatan dan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abe Loh sebagai pemandu kepada Almarhum Tok Guru Nik Aziz.

Saya sebenarnya sudah lama terfikir untuk menemui kedua-dua insan ini kerana mereka berpeluang berkhidmat dengan Tuan Guru. Bukan sekejap perkhidmatan mereka tetapi belasan tahun lamanya. Sudah pasti kalau saya ingin menulis, pasti banyak cerita menarik yang dapat saya coretkan daripada pengalaman mereka.

Saya ingin kongsikan sedikit pengalaman bersama Abe Loh. Sungguh bertuah Abe Loh kerana tempat tinggalnya berdekatan dengan kediaman Tok Guru di Pulau Melaka. Siapa yang mengenali Abe Loh ini tentu tahu perwatakannya yang lemah lembut dan suka senyum. Apa yang saya selalu tanya Abe Loh sewaktu menemuinya ketika menghantar Tok Guru ke mana-mana majlis ialah tajuk tazkirah yang disampaikan oleh Tok Guru di dalam kereta.

Tok Guru pernah beritahu saya, beliau tidak banyak tidur pada waktu malam. Oleh sebab itu Tok Guru biasanya ambil kesempatan untuk lelap seketika sewaktu dalam kereta menuju ke sesuatu majlis terutama yang jauh jaraknya. Jika Tok Guru tidak tidur, maka berpeluanglah pemandu dan pengawal keselamatan mendengar tazkirahnya.

Itu pengalaman biasa dengan Abe Loh. Pengalaman luar biasa berlaku apabila saya terserempak kereta rasmi Tok Guru yang sedang diletakkan di luar sebuah bangunan di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Saya lupa akan nama bangunan tersebut. Tetapi yang masih ingat di situ ada mesin ATM GIRO.

Kebetulan pada masa yang sama, saya ke sana kerana ingin mengeluarkan sejumlah wang. Kalau tidak salah pada waktu itu gaji belum masuk. Rupa-rupanya Abe Loh juga ingin mengeluarkan wang. Disebabkan hanya kami berdua sahaja yang ingin melakukan urusan tersebut maka sempatlah untuk saya bertanya khabar.

Saya beri peluang kepada Abe Loh untuk mengeluarkan wang terlebih dahulu manakala saya berdiri di belakangnya. Tidak berapa lama Abe Loh menoleh ke arah saya sambil tersenyum dan menyuruh saya mengambil giliran. Saya perasan beliau tidak mengeluarkan wang daripada mesin itu. Dia kemudian terus membuat panggilan kepada seseorang.

Selesai urusan saya, sempat kami berbual seketika, Rupa-rupanya Abe Loh diamanahkan untuk mengeluarkan sejumlah wang oleh Tok Guru daripada akaun Gironya untuk dikirimkan pada salah seorang anaknya yang sedang belajar di luar negara. Kalau tidak salah saya, anaknya itu adalah Nik Mohamad Abduh.

Jumlah yang diperlukan bukanlah banyak mana pun. Hanya lebih kurang jumlah yang saya belanjakan untuk beli susu jenis Bebelac untuk anak saya, Muhammad Alif Ameer yang berusia 4 tahun pada ketika itu. Tidak sampai pun RM 400.

"Duit tak cukup..." Kata Abe Loh spontan lalu tersenyum.

"Tok Guru royat gapo tadi bila tahu pitih tak cukup...?" soal saya.

"Semula.... Tunggu gaji." kata Abe Loh.

SubhanALLAH....Seorang yang berstatus Menteri Besar, yang memimpin sebuah kerajan negeri perlu menunggu wang gaji untuk menghantar belanja kepada anaknya.

Mungkin perkara ini hanya berlaku kepada orang biasa sahaja. Tidak mungkin berlaku kepada seseorang yang sama pangkatnya seperti Tok Guru. Tetapi inilah hakikat yang berlaku dan saya menyaksikan sendiri. Mungkin Abe Loh masih ingat peristiwa ini.

Atas sebab inilah, saya tidak pernah susah hati jika tidak ada duit untuk berbelanja. Ini kerana saya sudah menjumpai insan hebat hafal al-Quran pun pernah tidak berduit.

Setakat saya ini, yang hanya hafal beberapa ayat-ayat lazim, itupun yang pendek-pendek, apa nak dihairankan kalau ALLAH bagi rezeki sedikit. Yang peliknya, ada orang yang mempunyai duit berjuta-juta tetapi masih lagi berasa tidak cukup. Maka bersyukurlah.





Sumber : Harakah Daily

Rayani Air Satu-Satunya Airlines Malaysia yang menawarkan Interview Untuk Hijabster


Beberapa hari lalu, viral di laman sosial tentang sebuah syarikat penerbangan terbaru iaitu Rayani Air yang jelas memaparkan fokus syarikat penerbangan tersebut untuk patuh syariat.


Berdasarkan perbualan di laman sosial, netizen dilihat senang dengan aspirasi syarikat penerbangan tersebut yang mempraktikkan prinsip patuh syariah dalam operasinya. Ini termasuklah tidak menghidangkan alkohol di dalam pesawat, selain pramugari beragama Islam diwajibkan bertudung. Krew bukan beragama Islam pula dimestikan berpakaian sopan.






Rayani Air akan mula beroperasi di Kota Bharu tidak lama lagi. Ianya merupakan merupakan syarikat penerbangan yang berasaskan pematuhan syariat yang pertama di Malaysia, dengan mewajibkan anak kapal wanita yang beragama Islam berhijab dan mengamalkan polisi tanpa Alkohol dalam penyediaan makanan dan minuman yang di sajikan dalam pesawat.


Rayani Air akan mula beroperasi di Kota Bharu tak lama lagi. Rayani Air merupakan syarikat penerbangan yang berasaskan...
Posted by Oh! Media on Sunday, November 8, 2015

Ini sememangnya satu usahaja yang patut dipuji. Biarpun ada yang mengatakan ianya bukan penerbangan milik orang Islam, namun orang Islam sendiri harus malu kerana tidak patuh syariat sehingga orang yang bukan Islam sendiri menitik-beratkan hal tersebut. Walau apapun motifnya, ianya tetap menjadikan keadaan jauh lebih baik. Jadi bagaimana? Terbanglah dengan Rayani Air lepas ni :)

Voucher Khas Untuk Kaki Shopping LAZADA (Pada 11 November 2015 Sahaja).

Khas untuk followers Oh! Media yang rajin shopping online. Nah voucher potongan RM30 di Lazada untuk 200 orang followers...

Posted by Oh! Media on Tuesday, November 10, 2015

Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir Yang Betul (Menurut JAKIM)

Cara Solat Jamak

Tentu ramai yang sedar diri mereka berstatus musafir ketika berhenti di Hentian R&R Lebuhraya untuk menunaikan solat, namun tak tahu tatacara dan panduan yang betul tentang Solat Jamak dan Qasar. Biasanya di R&R juga ada sediakan panduan ini di dinding surau tapi setiap kali singgah kita baca, kemudian lupa. Singgah lagi, baca dan lupa lagi mungkin kerana tidak dipraktikkan, kita akan selalu lupa.

Apa tidaknya, jika tidak selalu diamalkan, kita akan terlupa cara solat jamak. Kena selalu praktis cara solat jamak jika bermusafir agar terus lekat dalam kepala. Di bawah ini ialah panduan sembahyang musafir atau cara solat jamak yang diambil menggunakan kamera di salah satu Hentian R&R PLUS.

Cara Solat Jamak


Klik gambar untuk saiz lebih besar.

Apabila bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di darat, laut atau udara, kita dibolehkan melakukan solat jamak. Namun, bagi orang yang tidak biasa, tentu agak janggal. Oleh yang demikian, ini adalah perkongsian agar kita dapat ketahui cara solat jamak taqdim dan takhir dari sumber yang mempunyai kredibiliti iaitu JAKIM.

Apa itu solat jamak?


Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.


Apakah syarat solat jamak?


Untuk solat jamak taqdim:

1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.

2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Untuk solat jamak taakhir:

1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.


Bagaimana cara dan contoh niat solat jamak?


Untuk jamak taqdim:
1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Untuk jamak taakhir:
1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

Moga bermanfaat!

(Video) Tazkirah Jerebu Dari Anak Abby Abadi & Norman Hakim Mendapat Pujian Ramai


Itulah hebatnya seorang anak yang menerima didikan sempurna dan dicorakkan si ibu dan bapa sejak dari kecil tidak kiralah bagaimana sekalipun sejarah kehidupan lalu si ibu dan bapa. Pelakon Norman Hakim menerima pujian daripada pengguna laman sosial selepas memuat naik video anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, berbicara tentang jerebu.

Melalui beberapa video pendek 15 saat di Instagram itu, Norman dilihat sedang berbual dengan Danish dan nyata, anak lelakinya itu punya pemikiran yang matang walaupun baru sahaja berusia 12 tahun.

Kata Danish, jerebu yang sudah berlarutan hampir dua bulan ini adalah petanda bahawa ia bukan sekadar bencana alam, tetapi lebih kepada satu bentuk peringatan Allah kepada manusia. Tambah Danish, inilah masa terbaik untuk umat Islam khususnya, bermuhasabah dan bertaubat kerana bencana alam yang teruk juga salah satu petanda dekatnya hari kiamat.

Ohmedia dah kumpulkan semua video dan cantumkan menjadi satu video untuk memudahkan anda menontonnnya.


Daripada komen-komen yang diterima, netizen menyifatkan Norman dan bekas isterinya, pelakon Abby Abadi dan isterinya, Memey Suhaiza telah menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik. Malah ramai juga yang menaruh harapan agar Danish dapat menjadi figura agama yang berjaya satu hari nanti.

Danish merupakan anak sulung Norman bersama Abby dan kini sedang belajar di Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz, Kajang.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Ini Peluang Terbaik Anda Untuk Menunaikan Ibadah Korban Tahun Ini


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jika anda seorang yang beragama Islam, maka artikel ini kami sediakan khas untuk anda sebagai jalan dan ruang untuk melaksanakan ibadah korban tahun ini.

Muslim Qurban Ent. (Reg: 002434460-V) di bawah seliaan Oh! Media dan Oh! Islam mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan anda satu peluang paling cukup senang untuk kita sama-sama menyertai ibadah korban yang akan dilaksanakan pada musim Aidiladha tahun 1436H/2015. Peluang ini tidak selalu datang oleh itu kali ini pastikan anda tidak terlepas untuk sama-sama menyertainya.

Melalui peluang ini, jika anda seorang yang tergolong dalam golongan mampu atau mempunyai niat untuk melaksanakan ibadah ini, kami akan menyediakan peluang untuk anda melaksanakan ibadah ini dengan harga yang jauh lebih murah berbanding biasa iaitu masih di dalam kadar kemampuan anda.
Sekitar suasana penyembelihan dan kedaifan di Bangladesh.
Jika tidak mampu seekor Lembu, korbankan seekor Kambing. Jika tidak mampu juga, sebahagian dari daging Lembu yang disembelih sudah memadai. Hanya Allah dan diri kita sahaja yang tahu menilai di mana kemampuan diri sendiri.

Rasulullah S.A.W bersabda,
"Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga mampu dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid)." - (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Pilihan untuk ibadah korban anda.


1 ekor Lembu: RM1960
1 bahagian Lembu: RM280
1 ekor Kambing: RM550

Mengapa Memilih Muslim Qurban?

Berikut adalah jawapan mengapa Muslim Qurban diwujudkan dan mengapa ini merupakan peluang terbaik anda untuk turut sama menunaikan ibadah yang amat dituntut ini?

1. Memberi peluang agar lebih ramai orang yang dapat membuat ibadah qurban dengan harga yang jauh lebih murah.

2. Syarikat yang akan melaksanakan qurban dari A hingga Z (penyembelihan, proses masakan, penghantaran dan pengagihan).

3. Qurban dilakukan di negara-negara di mana penduduk Islamnya benar-benar berada dalam keadaan serba kekurangan dan kemiskinan (afdhal).

4. Penyembelihan qurban dan aqiqah dilakukan oleh orang yang bertauliah.

5. Ibadah qurban di luar ini mempunyai keikhlasan yang lebih tinggi ibarat beri tangan kanan sedang tangan kiri tidak mengetahuinya.

6. Sijil penyertaan dan gambar korban akan diberi sebaik sahaja musim korban selesai.

Contoh sijil dan foto yang akan dikirimkan kepada anda.
Berbekalkan objektif utama untuk menyediakan ruang dan jalan bagi orang ramai membantu umat Islam lain, fokus ibadah korban melalui Muslim Qurban ini pada negara-negara di mana penduduknya hidup serba kekurangan dan amat dhaif di mana mampu mengalirkan air mata jika anda melihatnya sendiri. Antara negara tersebut adalah Bangladesh, Uganda dan juga di Tanah Suci Mekah sendiri. Buat masa ini, ibadah ini akan difokuskan di Bangladesh.

Jika anda berminat untuk menyertai ibadah korban ini, anda hanya perlu hubungi talian di bawah ini dan insyaAllah, staff kami yang bertugas akan melayani anda hinggs sempurna.

017 3282 595

Anda juga boleh SMS atau WhatsApp terus kepada nombor yang sama untuk sebarang pertanyaan lain. Segala borang keperluan akan kami isikan hingga sempurna berdasarkan maklumat yang akan anda berikan nanti.

Semoga Allah SWT membalas dengan kebaikan pada setiap usaha, keikhlasan dan keinginan di dalam menyempurnakan ibadah Korban ini bagi golongan yang benar-benar memerlukan. InsyaAllah.

Kenapa Wanita yang Sering Beribadah Ini Masuk Neraka?


Dia wanita yang cukup sempurna dalam beribadah kepada Allah, namun Nabi Muhammad telah menegaskan bahawa dia adalah penghuni neraka. Kenapa?

Tonton dan hayati video ini. Sama-samalah kita ambil pengajaran dan jauhilah sifat yang tidak baik tersebut.

Tips Segar Selalu Di Bulan Ramadhan

 

Di Bulan Ramadhan ramai yang mengalami kelesuan badan dan tidak bermaya untuk meneruskan rutin harian kerana tidak dapat makan dan minum di siang hari.

Ketahui tips-tips untuk mengekalkan kecerdasan sepanjang hari di bulan Ramadhan.

Ketika Sahur

  1. Ketika sahur sebaiknya hindari makanan yang manis atau terlalu banyak gula, kerana makanan/minuman yang manis akan menyebabkan tubuh yang lemas pada siang hari saat berpuasa.
  2. Paling baik ketika sahur adalah meminum susu, karana susu akan mencegah anemia yang menyebabkan badan lemas pada siang harinya.
  3. Menu yang disajikan sebaiknya yang mengandung air yang banyak atau buah sekalian sehingga tubuh tidak dehidrasi parah saat berpuasa nanti. Kurma juga dapat membuat tubuh bugar seharian.
  4. Jika anda tidak menyukai makan buah ketika sahur, minum jus buah saja pun cukup baik untuk kelancaran BAB
  5. Sebaiknya hindari fast-Food, gorengan atau makanan pedas saat sahur karana akan mengganggu pencernaan pada siang harinya.


Saat Berpuasa

  1. Kerjakan tugas-tugas Anda dengan perlahan tapi pasi. Jangan menumpuk pekerjaan yang dapat membuat stress, karena stress juga menyebabkan otak lelah dan akhirnya perut terasa lebih lapar.
  2. Istirahatlah sejenak, bila pada saat jam istirahat lebih baik Anda pakai untuk tidur sejenak, setalah sholat zuhur adalah waktu terbaik untuk tidur sejenak. Tidur selama 15 menit saja sudah dapat membangkitkan kembali semangat.
  3. Melakukan olahraga ringan seperti peregangan atau berjalan kaki saat berpuasa sangat disarankan. Selain membantu menjaga berat badan, olahraga juga berfungsi untuk memperlancar peredaran darah dan menjaga kebugaran tubuh anda.


Waktu Berbuka

  1. Segerakan berbuka. Setelah berbuka dengan yang manis, dahulukan sholat Maghrib agar perut tidak terkejut, barulah makan makanan kesukaan Anda!
  2. Jika kebetulan Anda berbuka dijalan, jangan lupa menyiapkan bekalan dari rumah sebelum Anda berangkat pulang ya. Kurma adalah makanan terbaik untuk membatalkan puasa.
-------------------------------------------------------- 

https://www.facebook.com/ohperfumenista

Pengalaman Wanita Lamar Lelaki Ini Membuktikan Ia Amalan Terpuji


Walaupun zaman sekarang merupakan zaman yang serba canggih dan moden namun apabila seorang wanita melamar lelaki dianggap perigi cari timba. 

Namun, perkongsian tentang wanita ini benar-benar mampu membuka mata kerana wanita sebenarnya tidak perlu malu untuk melamar lelaki yang dirasakan pilihan terbaik untuk dirinya namun sebaliknya malu untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki tanpa hubungan yang sah.


OHMEDIA: Contohilah isteri Rasulullah Saidatina Khadijah yang teramat mulia budi pekertinya.

Perlukah Wanita Ke Masjid?


Sering kita dengar para ustaz menyatakan bahawa wanita tidak digalakkan ke masjid. Tetapi ada juga di kalangan muslimat yang bertanya tentang logiknya larangan ini.

Ini kerana bagi mereka, kenapa hanya larangan ke masjid yang dicanang, tetapi tidak pula dicanang larangan ke tempat-tempat yang lain?

Kalau kita melihat kepada hukum solat berjemaah kepada wanita di masjid, kita akan dapati para ulamak sepakat menyatakan bahawa solat jemaah tidaklah wajib kepada kaum wanita.

Ini ada disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Hazm dalam kitabnya al-Muhalla. Kita juga dapati sebahagian daripada mereka memakruhkan bagi wanita untuk ke masjid, terutamanya kepada para pemudi. Dan alasan yang biasa diberikan adalah kerana bimbangkan fitnah.

Dan kita juga dapati bahawa mereka telah sepakat menyatakan bahawa tuntutan solat berjemaah kepada kaum wanita tidaklah sama seperti kepada kaum lelaki. Berkata Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu': “terdapat beberapa perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam hukum solat berjemaah, antaranya ialah: tuntutannya tidaklah sama seperti tuntutan kepada kaum lelaki”.

Kebanyakan ulamak pula mengaggap bahawa solat di rumah adalah lebih baik bagi kaum wanita berbanding di masjid. Pendapat mereka ini bersesuaian dengan Sabda Nabi s.a.w.: “…dan rumah kediaman mereka adalah lebih baik bagi mereka”.
Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud.

Walau bagaimana pun, kita juga dapati bahawa para ulamak sepakat tidak mengharamkan mereka ke masjid. Berkata al-Imam Ibnul Jauzi: “Harus bagi seorang perempuan untuk keluar ke masjid untuk solat berjemaah bersama kaum lelaki” (Lihat: Ahkamun Nisa', m/s 36, cetakan pertama, Matbaah al-Halabi, Mesir, 1994).Bahkan ada di kalangan mereka yang menganggap bahawa elok juga bagi kaum wanita untuk datang solat berjemaah di masjid.

Berkata al-Hafiz Ibn Hazm dalam kitabnya al-Muhalla: “Jika hadir seorang wanita ke masjid untuk bersolat berjemaah bersama kaum lelaki, maka itu adalah satu perkara yang baik” .
Dan ini adalah pendirian mazhab Zohiri. Bagi mereka hadis yang menyatakan kelebihan solat berjemaah mengatasi solat bersendirian dengan 27 darjat tidak boleh dikhususkan untuk kaum lelaki sahaja.

Lihat al-Mufassal Fi Ahkamil Mar'ah, jilid 1, m/s 212.
Sebenarnya tidak ada nas yang jelas melarang wanita ke masjid, bahkan nas yang ada hanyalah menyatakan bahawa solat di rumah adalah lebih baik.

Nas ini adalah penutup kepada hadis yang menyatakan bahawa mereka perlu diberikan keizinan untuk ke masjid. Sabda Nabi s.a.w.: "Jangan kamu menegah kaum wanita ke masjid-masjid, dan (solat mereka di) rumah-rumah mereka adalah lebih baik". Hadis sohih riwayat Abu Daud, Kitabus Solah.

Dan terdapat juga kata-kata Siti Aisyah yang seolah-olah menunjukkan bahawa kaum wanita dilarang ke masjid. Aisyah berkata: “Kalaulah Rasulullah s.a.w. melihat apa yang telah dilakukan oleh wanita sekarang (zaman beliau), nescaya baginda akan melarang mereka (ke masjid), sebagaimana telah dilarang perempuan Bani Israil. Riwayat Imam Bukhari.

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani: “..kata-kata Aisyah itu tidaklah mengubahkan hukum (yang sedia ada). Ini kerana beliau gantungkan (larangan) tadi dengan satu syarat yang tidak wujud, yang hanya berdasarkan sangkaan beliau sahaja.
Perkataan beliau: “Kalaulah Rasulullah s.a.w. melihat” boleh (dijawab dengan) dikatakan bahawa baginda tidak melihatnya dan tidak melarangnya. Maka kekallah hukum (yang asal, iaitu tiada larangan).

Bahkan Aisyah sendiri tidaklah secara jelas melarang, sekalipun perkataannnya itu menunjukkan bahawa beliau seolah-olah melarangnya. Lagipun Allah SWT telah pun mengetahui apa yang akan dilakukan oleh para wanita, dan Dia tidaklah mewahyukan kepada NabiNya untuk melarang mereka.
Kalaulah apa yang mereka lakukan itu memerlukan dilarang mereka ke masjid, maka melarang mereka ke pasar-pasar adalah lebih utama. Lihat Fathul Bari, kitabul Azan, juz 2, m/s 445.

Kerana inilah mereka juga perlu diberikan keizinan untuk pergi solat berjemaah di masjid, walaupun pada malam hari. Sabda Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Umar: "Berilah keizinan kepada wanita-wanita kamu untuk ke masjid pada malam hari".
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Lihat: Ahkamun Nisa', m/s 39. Kaum wanita di zaman Rasulullah s.a.w. juga menghadiri solat berjemaah di masjid, dan Rasulullah s.a.w. tidaklah menghalang mereka.

Bahkan dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Aisyah menyatakan bahawa kaum muslimat datang berjemaah solat subuh bersama Rasulullah s.a.w., dan mereka tidaklah dapat dicam kerana hari masih gelap (sekalipun sudah ada cahaya pagi).

Isteri-isteri Rasulullah s.a.w. pula, bukan sahaja datang ke masjid, bahkan mereka juga beriktikaf di masjid di bulan Ramadhan. Semua nas ini dengan jelas menunjukkan bahawa wanita harus untuk ke masjid dan kita tidak sepatutnya menghalang mereka.

Kalaulah kaum wanita dihalang ke masjid atas alasan fitnah, maka kenapa kita tidak menghalang anak-anak perempuan kita ke sekolah atas alasan yang sama?
Tidakkah fitnah pergaulan bebas di sekolah lebih teruk daripada di masjid?
Tidakkah gangguan yang bakal dihadapi mereka semasa ke sekolah atau ke kolej dan di kolej atau universiti itu lebih besar daripada ke masjid?

Kenapakah mereka dihalang ke masjid yang berdekatan dengan rumah mereka, tetapi tidak dihalang ke kolej atau universiti yang jaraknya lebih jauh?

Kenapakah anak-anak perempuan kita atau isteri-isteri kita dibenarkan ke tempat kerja, shopping kompleks, ke pasar-pasar bahkan ke semua tempat kecuali tempat yang paling mulia, iaitu rumah-rumah Allah?

Kenapakah wanita Islam dihalang ke masjid-masjid, sedangkan wanita-wanita Kristian, Yahudi dan sebagainya tidak dihalang ke kuil atau gereja? Adakah wanita yang sedang beribadat di dalam masjid itu lebih buruk dan lebih besar fitnahnya berbanding dengan yang sedang menonton tv di rumah?
Bagi saya, kalaulah kita ingin berbincang mengenai hukum wanita ke masjid , kita jangan hanya melihat kepada hukum solat berjemaah yang ditulis dalam kitab-kitab Fiqh.

Ini kerana hukum tersebut hanya untuk hukum datang berjemaah ke masjid. Padahal kita juga perlu melihat bahawa masjidlah tempat penyebaran ilmu dan kefahaman mengenai Islam.
Kerana inilah Dr Yusof al-Qardawi berkata: "Solat seorang perempuan di rumahnya itu lebih baik jika dia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jika ada faedah yang lain seperti mendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan al-Qur'an daripada qari yang khusyuk, maka pergi ke masjid itu adalah lebih baik". Ini kerana kewajiban belajar agama dan mendengar tazkirah bukan tertentu untuk golongan lelaki sahaja.

Bahkan terdapat hadis yang khusus yang menyatakan kelebihan belajar di masjid. Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang datang ke masjid dan tidak ada tujuan baginya melainkan mempelajari kebaikan atau mengajarnya, maka baginya pahala haji yang sempurna”. Hadis riwayat Tobarani dan al-Albani mengangapnya sohih. Lihat Sohih Targhib wat Tarhib, m/s 38.

Tambahan lagi, ramai di kalangan kita yang tidak mengajarkan anak isteri mereka mengenai Islam, samada kerana tidak mampu atau tidak mempunyai masa.

Dan kalaulah kita sudah pun mengajarkan mereka agama sekalipun, adakah kita mampu memberikan tazkirah yang boleh mengetuk pintu hati mereka (seperti para ustaz di masjid) supaya mereka nampak keagungan Allah SWT dan ingin mendekatkan diri kepadaNya serta menyucikan hati nurani mereka?
Kalaulah dunia sekarang sedang memberikan kepada para wanita segala hak mereka samada dari sudut ekonomi, politik, sosial dsbg, kenapakah hak mereka untuk berada di rumah Allah dan mendekatkan diri mereka kepada

Yang Maha Pencipta dihalang? Tidakkah hak ini tidak kurang pentingnya?
Walau bagaimana pun, wanita perlu meminta keizinan suami atau wali untuk ke masjid. Dan tidak patut bagi seorang ayah atau seorang suami untuk menghalang kecuali ada sebab yang munasabah.
Dan mereka juga hendaklah menjaga adab-adab berikut:-
* Keluar dalam keadaan menutup aurat dan berpakaian sopan
* Tidak bersolek dan memakai bau-bauan
* Lebih elok dalam keadaan ditemani dengan mahram, suami, atau kawan-kawan.

Sebagai mengakhiri artikel ini, saya akan naqalkan kata-kata Dr Yusof al-Qardhawi dalam perkara ini.

Beliau berkata: "Sebahagian daripada kaum lelaki sekarang ini telah pun keterlaluan dalam masalah wanita, dan mereka langsung tidak menyokong fikrah harusnya wanita ke masjid, walau dalam keadaan apa sekalipun. Walaupun ada dinding yang kukuh yang membataskan antara lelaki dan perempuan di masjid, yang mana dinding seperti ini tidak pun ada pada zaman Rasulullah s.a.w..

Katanya lagi: "Ini semua adalah disebabkan oleh kerana keterlaluan dan kurangnya kesedaran".
" SAYA JUGA DI SINI INGIN MENYERU " (terutamanya kepada para ustaz), sebagaimana seruan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi:

"Sesungguhnya saya tanpa segan menyeru supaya bukakanlah kepada para perempuan untuk ke rumah-rumah Allah, supaya mereka juga dapat mencari kebaikan, mendengar peringatan dan mempelajari agama. Keluar mereka ini sedikit sebanyak boleh memberikan kegembiraan kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat), selagi mana mereka keluar dalam keadaan bersopan, menutup aurat dan tanpa solekan yang diharamkan”.

Maklumat Penulis:
Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail
Sarjana Muda Syariah & Pengajian Islam, Univ. Mu'tah, Jordan.
UPI, KIAS
0136353463

Artikel asal dari : tasekpauh.blogspot.com

6 Amalan Kesukaan Nabi Muhammad Dalam Bulan Ramadhan



Syukur Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk merasai Ramadhan untuk tahun ini. Seperti yang kita tahu, Bulan Ramadhan adalah bulan yang istimewa.

Pelbagai fadhilat yang dapat dikutip dalam bulan yang penuh berkat ini. Malah Nabi kesayangan kita juga turut gemar melakukan amalan-amalan seperti dibawah. Semoga kita semua menjadikan ia juga sebagai amalan.

1. Membaca al-Quran

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”

2. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

3. Qiamullail

Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)

4. Solat tarawih

Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.

5. Mengerjakan umrah

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)

6. Zakat fitrah

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Amalan yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

4 Tahap Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W

Klik gambar untuk paparan lebih besar.
Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.

Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.

Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.

Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

+ Perkongsian dari Hen_3 Helmi.

Salah Satu Masjid Di Malaysia Tangga Ketiga Tercantik Di Dunia


Islam merupakan agama kedua terbesar dunia dan lebih 62 peratus daripada umat Islam tinggal di Asia. Oleh itu, banyak masjid-masjid yang cukup indah didirikan di negara Asia seperti Arab Saudi, UAE, Turki, Brunei dan lain-lain.

Malah Malaysia juga turut tidak ketinggalan membina sebuah masjid yang sangat cantik sehingga tersenarai di tangga ketiga masjid tercantik di dunia.


1. Masjid Besar Sheikh Zayed 

Lokasi: United Arab Emirates

 

Masjid Besar Sheikh Zayed adalah masjid terbesar di UAE, ia terletak di Abu Dhabi. Ia boleh menampung lebih 40,000 orang. Bahan-bahan semula jadi seperti marmar, emas, permata batu, kristal dan seramik telah digunakan untuk membina masjid yang indah ini. Halaman yang menakjubkan mempunyai mozek marmar terbesar di dunia pada 180,000 kaki persegi. Pembinaan kos 2 bilion dirham (AS $ 545,000,000).


2. Masjid Al-Haram

Lokasi: Saudi Arabia


Masjid al-Haram, juga dikenali sebagai Masjidil Haram atau Masjid Besar Makkah, merupakan masjid yang terbesar di dunia dan mengelilingi tempat suci Islam, Kaabah. Struktur semasa meliputi kawasan seluas 356.800 meter persegi (88.2 ekar), termasuk ruang solat terbuka dan tertutup. Masjid al-Haram boleh menampung sehingga dua juta orang. Ini adalah masjid suci yang setiap muslim yang pergi haji mesti melawat. Pandangannya adalah menakjubkan dan agak luar biasa.


3. Masjid Kristal

Lokasi: Kuala Terengganu, Malaysia


Masjid Kristal adalah sebuah masjid di Kuala Terengganu, Malaysia. Struktur utama diperbuat daripada besi, kaca dan kristal. Masjid ini terletak di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Ia telah dibina di antara tahun 2006 dan 2008 tetapi telah dibuka secara rasmi pada 8 Februari 2008 dan mempunyai kapasiti lebih 1,500 jemaah.


4. Masjid Sultan Ahmed

Lokasi : Istanbul, Turki


Masjid Sultan Ahmed yang lebih dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin biru mencantikkan dinding bahagian dalamnya. Reka bentuk masjid merupakan kemuncak kepada dua abad pembangunan masjid Uthmaniyyah. Juga salah satu masjid tertua di dunia yang dibina 1609 -1616, Masjid Biru adalah salah satu daripada dua buah masjid di Turki dengan enam menara.


5. Masjid Mashkhur Jusup Tengah

Lokasi : Kazakhstan


Dibina di bandar pusat Pavlodar, masjid ini mempunyai dua dewan solat yang boleh memuatkan 1,200 lelaki dan 300 wanita masing-masing. Ia dihiasi dengan bintang 8-paksi, kubah dan 4 menara.

Selain kemudahan agama, ia menempatkan sebuah sekolah, dewan perkahwinan, muzium budaya Islam, perpustakaan, pawagam, ruang makan, dan pelbagai bilik-bilik lain. Keindahan seni bina telah mempengaruhi reka bentuk bandar lain di bandar.


6. Masjid Faisal

Lokasi : Islamabad, Pakistan


Masjid Faisal merupakan masjid kedua terbesar Pakistan dan terletak di Islamabad. Ia tidak mempunyai kubah tradisional dan gerbang. Ia berbentuk seperti khemah Badwi padang pasir. Ia mempunyai dewan solat segi tiga yang besar dan empat menara. Kos pembinaan lebih $ 120 juta, dan telah dibiayai oleh Arab Saudi. Kerja-kerja Majestic seni telah disiapkan pada tahun 1986.


7. Masjid Suleymaniye

Lokasi : Turki


Masjid Süleymaniye adalah masjid empayar yang terletak di Bukit Ketiga Istanbul, Turki. Ia adalah masjid terbesar di bandar, dan salah satu daripada tempat-tempat yang paling terkenal di Istanbul.

Ia dibina untuk Sultan Süleyman pada tahun 1550 dan selesai pada 1558. Masjid ini adalah contoh klasik senibina Ottoman. Ia didahului oleh halaman monumental di sebelah barat, dan mempunyai empat menara di empat penjuru halaman. Ke kanan (tenggara) daripada pintu masuk utama adalah tanah perkuburan, rumah kepada makam Süleyman dan isterinya Haseki Hürrem Sultan (Roxelana).


8. Masjid Hazrat Sultan

Lokasi : Astana, Kazakhstan


Masjid Hazrat Sultan sebuah masjid baru yang terletak di Astana, Kazakhstan. Masjid indah menyerupai sebuah istana timur ini mempunyai Pondok Daun, sebuah dewan untuk perkahwinan, bilik untuk membaca Al-Quran, bilik jubah dan bilik wuduk. Kubah utama masjid ini dikelilingi oleh lapan yang kecil.

Ia kini adalah masjid terbesar di Asia Tengah dengan kapasiti 10,000. Pembinaan mengambil masa tiga tahun dan telah dibuka secara rasmi pada bulan Julai 2012. Masjid ini dinamakan sebagai penghormatan kepada salah seorang syeikh Sufi - Khoja Ahmed Yassawi (abad XII itu), yang merupakan seorang penyair, ahli falsafah dan wali Islam, terkenal di seluruh wilayah Asia Tengah.


9. Masjid Sabanci Pusat

Lokasi : Adana, Turki


Masjid Sabancı Pusat di Adana adalah masjid terbesar di Turki, dan salah satu masjid terbesar di Timur Tengah. Luarannya adalah sama dengan Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul, manakala hiasan dalaman telah diilhamkan oleh Masjid Selimiye di Edirne.

Ini adalah masjid yang indah pada 52.600 meter persegi tanah dengan kawasan tertutup 6600 meter persegi dan mempunyai kapasiti sebanyak 30,000. Masjid telah digunakan ia telah siap pada tahun 1998.

10. Masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah

Lokasi : Brunei Darul Salam


Masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah merupakan masjid terbesar di Brunei. Ia dihiasi dengan 29 kubah emas. Masjid ini terkenal dengan bahagian dalaman yang menakjubkan dan luar menawan. Empat menara terazo berjubin masjid yang indah ini adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan dominan di pinggir bandar Bandar Seri Begawan.

Ia telah dibina pada tahun 1994 untuk memperingati ulang tahun ke-25 Sultan semasa Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei Mu'izzaddin Waddaulah. Masjid Majestic ini dikelilingi oleh taman-taman berlandskap dan mata air yang memastikan persekitaran yang tenang untuk berdoa dan meditasi. Ia adalah pemandangan yang pengunjung Brunei tidak harus ketinggalan.

Tips Islam : 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki



Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit namun kesihatan yang baik, kelapangan fikiran, ketenangan hati, bebas hutang turut boleh dianggap rezeki. Semuanya nikmat Allah yang patut disyukuri. 

Tidak sudah untuk sentiasa murah rezeki. Amalkanlah 7 zikir pembuka pintu rezeki ini. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah buka seluas-seluasnya rezeki dari pelusuk bumi untuk kalian. Amin.

7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki:

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah 

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah
(HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin

Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim

Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS

Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetanggany.
(HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH

Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI

Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda:
Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaiba al-Bazzar Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR

Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga”
(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya Allah berikanlah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka turunkanlah. Jika ada di bumi maka keluarkanlah. Jika jauh maka dekatkanlah. Jika dekat maka Mudahkan lah. Jika sedikit maka banyakanlah. Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan. Ya Allah, Kabulkanlah doa kami…Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.

Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.

--------------------------------------------------------

https://www.facebook.com/ohperfumenista
Promosi hebat di Oh! Perfumenista
FREE POSTAGE + FREE TESTER
Whatsapp - 0122553390

25 Gambar Umat Islam Mengerjakan Haji Tahun 1953


Tanah Suci Mekah pada hari ini membangun dengan begitu pesat sekali. Namun apa kata kita singkap kembali gambar-gambar lama Kota Mekah pada tahun 1953 ketika nenek dan moyang kita melakukan ibadah haji dahulu.


























Top