ads

Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Review Sony RX100M3. Kamera Point & Shoot Yang Sempurna


RX100 merupakan model kamera kompak paling hebat yang pernah dikeluarkan Sony setakat hari ini. Bermula dari RX100 kemudian dengan RX100 II, model kamera kompak ini sentiasa mendapat tempat di hati ramai penggemar fotografi dan paling hebat menerima pujian melangit dari ramai reviewer di Internet dan juga penggunanya. Tidak dinafikan ianya membuktikan kehebatan dan kemajuan Sony dalam menghasilkan kamera sekecil ini tetapi mampu menjadi pesaing rapat kepada DSLR yang bersaiz jauh lebih besar dan juga berat.

Dengan populariti sedia ada, tahun ini Sony melancarkan kemaskini terbaru bagi kamera ini iaitu RX100 III atau RX100M3 yang telah mula dijual di Malaysia beberapa bulan lalu pada harga RM2,999. OhMedia telah mendapatkan kamera ini pada hari pertama ianya mula dijual dan kami ada berkongsi sedikit sebanyak di Facebook, Twitter dan Instagram, namun atas permintaan kami akan berkongsi lebih lanjut tentang kamera ini secara lebih dekat di dalam artikel kali ini.

Walaupun harga tersebut mungkin agak mahal pada sesetengah orang, namun jika anda meminati bidang fotografi tetapi malas untuk membawa DSLR yang bersaiz besar, kamera kompak seperti RX100M3 ini merupakan pilihan yang sangat genius. Ianya muat untuk masuk ke dalam poket anda, ianya ringan tetap solid dan binannya juga cukup premium dan berkualiti tinggi.

Ianya merupakan kamera utama yang Oh! Media gunakan ketika ini untuk merakam video, mengambil gambar, dan juga sebagai senjata utama untuk beberapa gambar di Instagram yang mana sebelum ini semuanya kami lakukan menggunakan DSLR. Apa yang boleh kami katakan, ianya benar-benar pelaburan yang berbaloi untuk anda dan tiada mana-mana kamera "point & shoot" lain yang setaraf dengannya buat masa ini.

Fungsi Utama

- 20.1 megapixel 1"-type Exmor R BSI-CMOS sensor
- 24-70mm equiv. F1.8-2.8 Carl Zeiss Vario-Sonnar T* lens
- Pop-up SVGA OLED electronic viewfinder with 1.44M dots
- 3-inch tilting WhiteMagic LCD with 1.23M dots
- 1080/60p video with full sensor readout and 50Mbps XAVC S support
- Clean HDMI output
- Zebra pattern and focus peaking
- Customizable front lens ring
- 3-stop neutral density filter
- Wi-Fi with NFC and downloadable apps
- 320 shots per charge (CIPA standard)

Kami tidak ingin bercerita tentang spesifikasi di atas dengan lebih mendalam kerana anda boleh baca sendiri dari website Sony, namun berikut adalah beberapa fungsi yang menarik pada kamera ini menurut pandangan kami di Oh! Media yang akan disampaikan dalam gaya bahasa dan 'term' yang cukup mudah difahami.

Electronic Viewfinder (EVF)

Biarpun kamera ini mempunyai paparan skrin yang sangat baik samaada waktu gelap atau terang, namun kewujudan EVF tetap memberikan satu kelebihan kepada penggunanya. Hanya tarik butang di tepi, dan EVF akan keluar dan membolehkan skrin dilihat melalui EVF tersebut. Ini menjadikannya seakan-akan DSLR biarpun pada saiz yang sangat kompak.

Skrin Boleh Laras

Gambar kredit untuk slrlounge.com
Berbanding keluaran RX100 dan RX100M2 sebeleum ini, RX100M3 datang dengan skrin yang boleh dilaras. Ianya boleh dipusing sehingga 180 darjah dalam apa-apa juga posisi. Ini membolehkan anda mengambil gambar dengan mudah dalam apa jua posisi tanpa perlu sampai berguling atas tanah untuk dapat hasil gambar dari bawah. Hehe!


Jika kamera dan skrin diposisikan ke arah anda, mode selfie dengan timer 3 saat akan diaktifkan. Dengan skrin yang wide dan cantik, pengalaman selfie anda juga akan jauh lebih indah. Heh.

Menghantar Gambar Ke Smartphone Cukup Mudah!

Kelebihan yang ada pada RX100M3 ini sama sahaja jika anda pernah menggunakan QX-100. Gambar yang telah diambil menggunakan kamera ini, boleh dihantar dengan cukup mudah ke smartphones anda tak kiralah guna Android atau iOS dengan menggunakan applikasi PlayMemories.

Jika di Android, pilih gambar yang diinginkan dan dekatkan sahaja smartphones dengan kamera ini dan NFC akan memainkan peranan untuk menghubungkan kedua-dua peranti dan proses perpindahan gambar terus dijalankan.

Untuk iPhone atau iPad pula, pilih gambar yang ingin dipindahkan kemudian buka setting WiFi di iPhone/iPad anda dan connect kepada point WiFi RX100M3 ini. Selepas berjaya dihubungkan, gambar akan ditransfer terus ke peranti anda.

Menariknya gambar yang dipindahkan boleh di'import dalam saiz 2M ataupun saiz original. Ini membolehkan anda berkarya atau ingin berkongsi di Facebook serta Instagram dengan lebih mudah.

Contoh gambar:

Berikut adalah gambar random yang dimuat-naik ke dalam review ini. Anda boleh klik gambar-gambar berikut untuk paparan yang lebih besar. Saiz asal adalah 5427 x 3648 dan kami resize kepada 1000 x 667. Semua gambar tidak diberi sebarang sentuhan.












Kamera ini sememangnya mampu mengambil gambar yang cantik tanpa sebarang noise di tempat yang gelap dan tidak cukup cahaya.

Contoh Video:

Berikut adalah contoh-contoh video yang dirakamkan menggunakan kamera ini sepenuhnya.







Percayalah cakap kami, selepas anda memiliki dan biasa menggunakan kamera ini, lebih banyak fungsi yang akan diketahui dari hari ke hari. Ianya sememangnya kamera point & shoot yang amat menakjubkan dan anda takkan lagi berselera untuk mengambil gambar dengan smartphones untuk berkongsi ke Facebook atau Instagram tanpa menggunakan hasil gambar dari kamera ini.

Jadi adakah kamera ini menarik minat anda? Tepuk dada tanyalah selera.

- Gambar, video, dan artikel oleh Khai Hassan.

Penangan Digital Membeli-Belah Di Musim Perayaan


Hujung tahun mesti macam-macam sale yang kita dapat tengok. Ianya sempena musim cuti sekolah dan juga sempena musim perayaan. Anda pastinya mengenali Lazada sebuah pusat jualan atas talian terbesar di Asia Tenggara dan sememangnya tiada tempat lain untuk membeli-belah yang lebih hebat selain Lazada.


Hari ini 12 Disember 2014 lebih kurang 12 hari lagi sebelum perayaan Krismas, Lazada menerusi Lazada Online Revolution menawarkan promosi yang lebih menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori dalam tempoh masa 24 jam. Para pembeli yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi pusat membeli-belah kini boleh mengambil kesempatan ini semasa bersantai, bercuti dengan keluarga atau terus dari meja pejabat anda.

Jualan flash sale satu jam sekali. Siapa cepat dia dapat!
Kepada yang suka berjaga malam, dapatkan peluang istimewa tawaran menarik Mignight Sale yang akan berlangsung dari 12 hingga 8 pagi sementara bagi pengguna lain, nikmati tawaran menarik sewaktu Flash Sales yang berlangsung setiap satu jam dari 8 pagi hingga 11:59 pagi.


Dapatkan apa sahaja yang anda inginkan seperti telefon bimbit, tablet, peralatan elektronik, hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.

Istimewa untuk pembaca Oh! Media, boleh consider kami akan belanja anda RM25 untuk 200 pembeli utama dengan memasukkan kod baucer OHMEDIA25 ketika ingin membuat pembayaran. Awesome tak?


Jadi selamat membeli-belah secara lebih genius di atas talian bersama Lazada dan semoga anda berjumpa dengan barangan yang anda idam-idamkan.

Trivia


Lima kelebihan utama Lazada adalah tiada lagi Klaustrofobia! Anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada kesesakan lalu lintas, pusat membeli-belah yang padat dengan orang, beratur panjang serta paling meluat sekali tentulah nak mencari parking kereta! Dengan penghantaran percuma bagi pembelian RM75 ke atas di seluruh semenanjung Malaysia serta perkhidmatan Cash on Delivery (COD), apa lagi yang kita mahu?

Selain itu Lazada merupakan di mana tempat membeli-belah sebagai pemberian untuk semua. Apa sahaja yang anda mahu sebagai contoh baju untuk kanak-kanak berusia 9 tahun, ianya ada di Lazada. Pelbagai tawaran menarik juga salah satu kelebihan yang adai di Lazada. Contohnya jika anda pemegang kad CIMB Kwik, debit, dan kredit, anda akan menerima diskaun tambahan 15% pada hari ini! Jika anda pengguna DiGi mahupun penggemar Chatime dan MBO Cinemas, ini juga akan memberikan kelebihan kepada anda jika mula bershopping di Lazada.

Selain itu, Lazada juga amat terkenal sebagai pembekal fesyen untuk Asia Tenggara yang mana lebih memudahkan anda membuat pilihan bertemakan konsep penduduk di benua ini dan kelebihan membeli sambil bergerak walaupun anda sibuk dengan urusan harian, tentulah menajdikan Lazada antara pilihan untuk anda mula ber'shopping secara atas talian dengan penuh keyakinan.

Pulau Palawan Antara Pulau Tercantik Di Dunia

Kebiasaannya bila tiba sahaja hujung tahun dan musim cuti persekolahan, ramai yang memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarga serta yang tersayang dengan aktiviti melancong. Salah satu lokasi yang menjadi pilihan untuk melancong adalah pulau. 

Kali ini Oh! Media nak kongsi keindahan dan kecantikan Pulau Palawan yang terletak di Filipina. Pulau ini merupakan salah satu pulau tercantik di dunia oleh Anugerah Pilihan Pembaca kembara Conde Nast.

Dengan dikelilingi hutan tropika dan lautnya biru indah bercampur zamrud hijau, para pelancong dapat mengembara dengan berjalan kaki dipersisir pantai malah boleh juga merasai keindahan air terjun di sekitarnya. 









 

Pulau ini boleh dikunjungi dengan menaiki bot atau kapal terbang yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah melalui udara daripada Manila. Masa yang sesuai untuk mengunjungi pulau ini adalah sekitar bulan  Oktober sehingga Mei.

Kisah Hebat Tentang 5 Harga Setem Paling Mahal Di Dunia


Mungkin anda dah sedia maklum, biarpun email dan sosial media telahpun menjadi trend hari ini untuk manusia berhubung dengan cara lebih cepat, mudah dan menjimatkan, namun mahu atau tidak dalam banyak perkara surat-menyurat seperti tetap berjalan seperti biasa setiap hari tanpa henti.

Bersempena dengan World Youth Stamp Exhibition 2014 yang akan berlangsung dari 1 hingga 6 Disember 2014 ini di KL Convention Centre bersempena dengan tahun melawat Malaysia 2014, Ohmedia akan berkongsi tentang 5 Setem yang paling berharga dan termahal di dunia.

#5 - Post Office Mauritius


Pada tahun 1947, isteri kepada gabenor Mauritius, Lady Gomm ingin menjemput para selebriti dan rakan-rakannya menonton bola. Bagi menghantar jemputan tersebut, Pejabat Pos Mauritius diminta untuk mengeluarkan satu set setem mengikut corak setem British yang direka oleh Joseph Barnard. Walaubagaimanapun berlaku kesilapan pada plat tembaga setem tersebut iaitu tertulisnya perkataan "Post Office" yang sepatutnya adalah "Post Paid". Sebanyak 240 keping setem ini telah dijual sebelum kesilapan tersebut disedari.

Masih terdapat 26 keping setem ini di Pejabat Pos Mauritius yang masih kekal hingga ke hari ini. Pada tahun 2011, dua keping setem ini telah dijual pada harga $1.67 Million (RM5.6 Juta) di UK. Siapa sangka kan setem yang pada awalnya merupakan kesilapan mampu dijual pada harga tersebut pada hari ini.

#4 - Inverted Jenny


Setem Jenny yang berharga 24 sen ini merupakan setem pertama yang dikeluarkan pada tahun 1918 untuk tujuan penghantaran surat melalui ruang udara. Setem ini dicetak sebanyak 100 keping dan perlu dimasukkan ke dalam mesin pencetak sebanyak 2 kali. Setelah cetakan selesai dan ingin dijual, barulah kesilapan cetakan yang membuatkan pesawat Jenny terbalik atas ke bawah disedari.

Sehingga hari ini, hanya ada 100 sahaja setem ini di dunia. Satu blok yang mengandungi 4 setem ini telah dijual pada tahun 2005 pada harga $3 Million (RM10.2 Juta).

#3 - Penny Black


Penny Black merupakan setem pertama di dunia yang dikeluarkan pada tahun 1840 di United Kingdom dan direka oleh pencetus reformasi sistem pos British, Rowland Hill yang sehingga kini digelar sebagai "Father of the Postage Stamp" di sana.

Sebelum setem ini dikeluarkan, sistem pos di sana menerima bayaran secara tunai yang membuatkan orang ramai perlu berbaris panjang untuk surat-surat mereka dilayan satu-persatu. Setiap surat dikira melalui berapa helai surat yang ingin dihantar dan juga ke mana lokasi surat mereka ini dihantar. Sehinggalah Rowland Hill memberi cadangan untuk setiap surat dibalut terlebih dahulu dengan kertas lain (sampul surat) dan kemudiannya ditampal pula dengan setem untuk memberitahu yang surat tersebut telah dibayar. Setem tersebut adalah Penny Black.

Wanita di atas setem tersebut merupakan gambar Queen Victoria yang dilakar oleh William Wyon ketika melawat London pada tahun 1837. Sehingga hari ini, hanya 2 keping sahaja setem ini berjaya dijumpai dan ianya dianggap sebagai satu khazanah terbesar. Beberapa tahun lalu, seorang ahli perniagaan telah membeli salinan setem tersebut dengan harga $5 Million (RM16.9 Juta).

#2 - Treskilling Yellow


Treskilling Yellow merupakan setem dari Sweden yang merupakan pemegang rekod termahal sebelum ini. Setem three-skilling biasanya dicetak dengan warna hijau dan setem eight-skilling dicetak dalam warna kuning. Namun mungkin kerana plat cetakan telah tertukar yang membuatkan setem three-skilling tercetak dengan warna kuning pada tahun 1855.

Salinan tunggal yang tinggal bagi setem ini hanyalah Treskilling Yellow yang dijumpai seorang budak sekolah bernama Georg Whilhelm Baeckman pada tahun 1886 ketika bermain di loteng rumah datuk dan neneknya.

Setem ini telah menggemparkan dunia pada tahun 1984 apabila telah dijual pada harga 977,500 Swiss. Pada tahun 1990, ianya berjaya dijual pada harga melebih $1 Juta manakala pada tahun 1996, ianya dijual lagi pada harga 2.875 million Swiss ($3.14 juta).

Sebagai salah satu objek paling mahal di dunia, ianya dilelong lagi pada tahun 2010 namun harga tepat dan identiti pembeli tidak didedahkan. Namun apa yang pasti harganya kini lebih mahal dari $3.14 juta.

#1 - British Guiana One-Cent Black On Magenta


Setem ini terjual dengan harga $9.5 Milion (RM32 juta) pada bulan Jun lalu kepada seorang pembeli rahsia yang hanya meletakkan tawarannya melalui telefon. Menariknya setem ini pada awalnya dijumpai di dalam koleksi seorang budak lelaki berusia 12 tahun pada tahun 1873 dan kemudiannya dijual kepada ramai pengumpul setem seluruh dunia dari tahun ke tahun hinggalah pada tahun 1980, setem ini dibeli oleh John Eleuthère du Pont pada harga $935,000 (RM3.1 Juta).

Pada tahun 1997, John Eleuthère du Pont dimasukkan ke penjara kerana membunuh seorang peninju Olimpik, David Schultz dan dipenjara selama 30 tahun. John Eleuthère du Pont meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 2010 dan sebelum itu bersetuju untuk setem ini dilelong Sotheby, New York City.

Setem ini pada asalnya dicetak oleh seorang ketua Pejabat Pos British Guiana pada tahun 1856 sebagai setem yang istimewa sebelum menerima bekalan setem utama dari Great Britain. Harga jualan setem ini merupakan rekod jualan setem tertinggi setakat hari ini.

Oh ya!


Jika anda seorang pengumpul Setem, penggemar Setem,  mahupun seorang yang menghargai betapa tingginya nilai pada sekeping Setem,  jangan lupa untuk ke KL Convention Centre dari 1 hingga 6 Disember 2014 ini. Pastinya pelbagai acara menarik menanti anda. Jangan lupa bawa anak-anak dan pupuk minat mereka kepada hobi yang sihat ini dalam masa yang sama dapat pelajari banyak lagi perkara tentang Setem yang selama ini tak pernah anda tahu.

Sepanjang pameran tersebut berlangsung juga, selain anda boleh mencetak setem dengan wajah sendiri, anda juga boleh mendapatkan enam set lembaran mini khas yang akan dilancarkan Pos Malaysia sebagai acara kemuncak harian istimewa sepanjang pameran ini berlangsung. Enam lembaran mini ini adalah seperti berikut;

1st December : Malaysia Day, Stamp Issuance : "Sultan Abdul Samad Building"
2nd December : Philately Day, Stamp Issuance : "160 years Stamps"
3rd December : Communication Day, Stamp Issuance : "Malaysian Fauna : Tiger & Orang Utan"
4th December : Postal Day, Stamp Issuance : "Malaysian Flora : Hisbiscus & Rafflesia"
5th December : Youth Day, Stamp Issuance : "Puteri Gunung Ledang"
6th December : International Friendship Day, Stamp Issuance : "Mak Yong"
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.malaysia2014.com.my dan sah'kan kehadiran anda melalui Facebook Event.

Artikel ini adalah hakcipta terpelihara Oh Media Network Sdn Bhd. Sebarang rujukan dibenarkan namun sebarang salinan secara terus artikel penulisan kami adalah dilarang di bawah akta hakcipta.

10 Tempat Menarik Untuk Bersama Keluarga Sekitar Kuala Lumpur

Bila ada masa cuti dan masa untuk bersama keluarga kita sering tercari-cari tempat menarik untuk dikunjungi. Bukan sahaja menikmati segala keindahan tetapi juga untuk menghabiskan masa berharga bersama yang tersayang dengan sebaik mungkin.

Umum sedia maklum terdapat pelbagai benda dan tempat menarik untuk dikunjungi di sekitar Kuala Lumpur. Jadi untuk memudahkan anda, Oh! Media menyenaraikan 10 tempat yang menarik di sekitar Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi bersama keluarga tersayang. 


1. Kuala Lumpur City Centre (KLCC)


2. KL Tower

 

3. iCity Shah Alam

 

4. Sunway Lagoon


5. Aquaria KLCC

 

6. Zoo Negara

 

7. Cruise Tasik Putrajaya


8. Planetarium Negara 


9. Muzium Negara


10. Kampung Kelip-Kelip

 

Kredit gambar : Google Image

Ingat, Exercise dulu baru bercuti. Baru Comel Dalam Gambar! Hehe






Top