ads

Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Review: Xiaomi Yi Pesaing Hebat GoPro Pada Harga Mampu Milik



Jenama Xiaomi bukanlah satu jenama baru yang harus diperkenalkan lagi. Dari smartphones, tablet, sehinggalah ke Televisyen, Xiaomi sentiasa sahaja menggemparkan penggemar teknologi dengan produk terbaru mereka dan apa yang paling terbaik, semua produk dijual dengan harga yang sangat murah tanpa menjejaskan kualiti asas produk.

Kali ini, Oh! Geekz akan memberikan review lengkap untuk produk kamera aksi (Action Camera) keluaran Xiaomi iaitu Yi Camera. Xiaomi YI, adalah kamera aksi yanng sangat ringan di mana mampu merakam video dalam format Full HD - 30 dan 60 frame sesaat. Ianya juga mampu mengambil gambar melalui kamera bersaiz 16MP. Kelebihan terbesar kamera dari Xiaomi ini jika nak dibandingkan dengan pesaing popular lain adalah harga dan nilai keseluruhan yang anda dapat daripada peranti bajet rendah ini.



Kamera YI datang dalam dua edisi yang berbeza iaitu Standard and Travel. Satu-satunya perbezaan antara kedua-dua model adalah, edisi Travel datang dengan monopod, atau Selfie Stick di dalam kotak. Jika anda seorang kuat Selfie dan tidak ada Selfie Stick ini, anda boleh mendapatkan edisi Travel.



Xiaomi Yi boleh dijadikan pilihan anda yang mempunyai keinginan memiliki kamera harga rendah tapi boleh berfoto dan merakam video lasak seperti diving, olahraga atau boleh dipasang kepada Drone seperti DJI Phantom. Kualiti videonya sangat baik dan memuaskan selain boleh dihubungkan dengan Wifi dan juga handphone anda. Untuk mendapatkan info yang lebih mendalam tentang spesifikasi “Yi” ini, boleh rujuk kepada segmen specifications di bawah :

Spesifikasi


Pandangan hadapan Yi Camera
Pandangan Belakang Yi Camera

Kami telah membeli banyak produk Xiaomi, dan kami tidak pernah kecewa dengan rekaan dan kekemasan di dalam kotak mereka. Bateri dan USB kabel disimpan dengan rapi di dalam kotak dan berkemungkinan anda tidak perasan ia berada di dalamnya. Kamera ini datang dengan dua warna iaitu Hijau dan Putih.



Antara komen positif dari pengguna, mereka patut mengeluarkan kamera berwana hitam apapun pilihan warna yang ada buat masa ini juga tak kurang menariknya dan nampak lebih catchy!
          

           

           

Jika dipegang, kamera ini agak tegap dan teguh. Boleh dilihat rekaan luaran dan dalamannya BUKAN dari bahan yang murah dan tidak tahan. Sememangya sentiasa kelihatan menarik dari segi penampilan. Akan tetapi, antara kelemahan kamera ini, ia tidak mempunyai screen dibahagiaan hadapan seperti GoPro dan juga skrin dibelakang seperti GoPro Hero 4 Silver. Ini membuatkan cara untuk mengakses setting bagi Yi Cam ini hanya boleh dilakukan melalui sambungan kepada smartphones.

Bagaimanapun ianya tidaklah leceh tetapi sangat mudah seperti apa yang boleh dilakukan GoPro apabila disambung kepada smartphones melalui WiFi terbina di dalamnya.

Terdapat 3 button yang berlainan fungsi di kamera ini iaitu button untuk Wifi, penukaran mode kamera atau video dan button snap/rakam foto dan video. Di samping itu, pada bahagian atas kamera terdapat lampu LED. Jika ia berwarna merah, video mode sedang digunakan dan jika tiada lampu, mode foto sedang berfungsi.



Fungsi Wifi yang terdapat pada kamera ini memudahkan pemilik untuk menyambungkan kamera ke handphone, tablet android mahupun Iphone. Apa yang perlu dibuat?? Install aplikasi Sport Camera yang disediakan oleh Xiaomi di iPhone atau Android phones anda.Hidupkan butang Wifi di kamera, tunggu lampu biru menyala dan kamera sudah bersambung dengan smartphones!



Pada bahagian bawah pula, kita boleh Nampak slot untuk selfie stick atau monopod. Ini bermakna ianya boleh disambungkan kepada tripod/monopod secara terus tanpa perlu menggunakan sebarang casing seperti di GoPro.

Di belakang kamera, terdapat pula slot MicroSD, HDMI mini, dan bateri. Apapun nasihat kami, hati-hati ya bila nak tukar bateri tu sebab agak mudah rosak rekaan penutup bateri di Yi Camera ni.



Kami amat mengesyorkan kepada sesiapa yang fikir tentang bajet selain memerlukan kamera untuk selfie-selfie semasa bercuti ke, jungle tracking ke, konvoi motor ke, dan sebagainya. Bukan apa, Video HD sangat cantik setanding GoPro, rekaan yang sangat kompak, dan paling penting harganya yang sangat murah dengan features dan kualiti yang amat menyamai GoPro.

Hasil gambar dan video yang diambil menggunakan camera XiaoYi akan dipaparkan melalui Instagram ohgeekz dan juga Instagram ohmedia.

ONAGOFly, mini-drone berkeupayaan tinggi

ONAGOFly, mini-drone berkeupayaan tinggi.




Bila kita bercakap tentang drone, sudah pastinya akan terbahagi kepada 2 jenis. Salah satunya drone mini dan juga saiz besar yang agak “pricey”. ONAGoFly, jenis drone mini terbaru mencuba untuk mengisi ruang di antara jurang mini drone dan drone saiz besar. Ia quadcopter yang bersaiz tapak tangan, mampu menawarkan video HD, fungsi “Obstacle Avoidance” dan mode “Follow Me”.

Seperti beberapa drone2 lain, ONAGoFly juga berupaya untuk dikawal dengan menggunakan iOS atau Android smartphone via Wifi, yang boleh beoperasi sejauh 20 meter (66ft). Ia juga boleh beroperasi secara automatik dengan GPS. Terbang sendiri? Seronok kan jika ada drone tengah terbang atas kepala anda sambal kita naik basikal, berjalan, main Hoverboard dan aktiviti lain2.



Fungsi “Obstacle Avoidance” tu apa? Fungsi ini pulak kalau ade halangan di setiap sudut semasa drone sedang terbang, ia akan mengelak halangan tersebut. Bagaimana ia berlaku? Drone ini dilengkapi dengan 360 darjah sensor yang akan mengelak sebarang halangan sejarak 20cm pada setiap sudut. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan fungsi take-off dan landing secara automatik. Bukan itu sahaja, drone ini boleh kembali ke tempat asal ia mula terbang melalui fungsi Return Home. Dah tak perlu risau drone hilang di awangan lepas ni.

Sistem kamera yang terdapat pada drone ini pula, agak moderate tapi tidak menghampakan. Ia boleh merakam video 1080p/30fps dengan kamera 15MP. Rakaman video akan distabilkan secara digital-yang bermaksud kualiti gambar tidak secantik kamera yang menggunakan gimbal atau rubber camera-isolating bumpers. Video dirakam akan disimpan terus di dalam kad memori yang terdapat di dalam drone. Selain itu, video juga boleh disiarkan secara live dengan menggunakan FPV Flying.
Kamera ini juga boleh detect auto smile apabila kita selfie. Sistem kamera boleh trace orang dalam gambar mane tengah senyum ke, masam ke, sedih ke hati2 la ye. Hehehe..



Drone ini boleh dicas menggunakan USB dengan saiz bateri 1000-mAH. Jika terbang tanpa video, ia dapat beroperasi selamat 15 minit. Kalau record video, 12 minit masa maksimum penerbangan. Ia juga boleh terbang secara statik jika had maksimum kelajuan angin 3.3meter sesaat.

Berapa harga?
Kemungkinan harga retailer akan dijual pada harga RM 12++.00 seunit



 Ehsan dari ONAGo, Youtube.



Kemunculan Flagship Samsung S7



Pengeluar alatan elektronik terkemuka “SAMSUNG” sedang bersiap sedia melancarkan The Next Flagship Smartphone, Samsung Galaxy S7. Pada zaman kini, sememangnya mudah berita2 leak ini boleh didapatkan. Ok takpe, ape yang ditawarkan dalam smartphone flagship ini? Kita lihat di bawah.

Tahun lepas, single core Samsung S6 memperoleh markah “Geekbench” 1250-1450. Manakala untuk multi-core pula mendapat markah sebanyak 4200-4800. Tapi, Samsung S7 ini memang banyak improvement dia. Kita lihat single core smartphone ini mendapat markah sebanyak 1873 dan 5946 untuk multicore.

Dari segi spesifikasi, Samsung S7 akan beroperasi menggunakan Android 6.0.1 dan mempunyai 8 teras chipset yang akan dikenali sebagai Samsung Exynos. Chipset ini akan beroperasi dalam kelajuan 1.59GHz dan RAM sebanyak 4Gb. Nampak cukup tinggi dari apa yang kita dapat tahu. Selain tu, leak yang lain apa yang diicadangkan handphone ini ada pressure-sensitive screen boleh catch-up Apple 3D Touch feature kat Apple Iphone 6s. Ada jugak high speed charging USB Type-C yang akan menjadikan proses mengecas phone anda lebih singkat.

Ada lagi tau, kamera dekat phone pun akan dikemaskini. Dengan low light enhancement, gambar lebih natural. Dan paling menonjol, lens kamera dah tak bonjol lagi atau “lens bulge”.


Dah tak banyak masa, sebulan je lagi untuk tunggu “Big Reveal” dari Samsung. Adakah phone flagship ini akan dapat mengekalkan nasibnya dalam kancah phone Andorid yang sememangnya sangat kompetetif. Kita tunggu dan saksikan kemunculannya. 




Wanita Ini Tertipu Dengan Harga Tempered Glass RM300 Di KL Sentral


Seorang pengadu berkongsi pengalamannya membeli Privacy Tempered Glass untuk Asus Zenfone 2 melalui sebuah kedai di KL Sentral. Menurut pengadu, dirinya telah tertipu di mana pekerja di kedai tersebut tidak menjawab bila ditanya berkali-kali tentang harga dan hanya berpura-pura tekun memasang Tempered Glass tersebut dan apabila selesai, harga yang perlu dibayar pengadu sangatlah memeranjatkan kami!

"Salam OhMedia,,skadar nk berkongsi pengalaman membeli agar x de org laen yg kne.Sye mncari privacy screen protector glass utk asus zenfone 2,,dkt lelong ade jual sekitar rm20,,kebetulan sye tngh di KL Central ingt nk cri dkt² situ je la,,smpai satu kedai ni dye kate ade jual dn nk terus pasang kn,,mcm pelik sbb dye nk pasang cpt² x taw sbb ape,,sye blom abes tnye² lgi,,2 3 kali sye tnye brape hrge dye diam,,buat² tekun memasang screen protector kt hp sye,,skali dh sattle dye tunjuk hrge,,Allah,,rm299!!!jahat nye manusia mcm ni,,x taw knape wujud manusia² mcm ni,,duit yg sye simpan utk bli keperluan anak² habis kt situ je,,istifar je sye mse menghulur duit,,bkn nk mntak simpati cme nk cbe elak kn org lain pulak terkena mcm ni,,sye da la org susah,,lgy disusah²kn..trimakasih bnyak atas perhatian pihak Oh!Media."


Sudahlah habis wang untuk keperluan anak-anak, apa yang lebih mendukacitakan apabila pengadu akhirnya mendapi dirinya sudahlah ditipu dengan harga yang langsung tidak masuk akal (sebenarnya bukan ditipu tetapi dipaksa), selepas diselidik barulah pengadu sedar yang tempered glass untuk phone dia juga adalah satu penipuan.

"lagi sakit bile balik rumah cek blek tu bkn privacy glass screen protector,,tu tempered glass murah ditampal atas privacy screen protector biase,,Ya Allah,,sakit nye hati,,x tau nk kate ape,,300 duit anak² habis mcm tu je."
Ini gambar yang dihantarkan kepada Oh! Media kemudiannya;


Pemilik kedai ini harus bertanggungjawab agar tiada lagi pengguna yang terasa dirinya tertipu dengan sikap pekerja sebegini. Satu sikap yang amat menjijikkan apabila berbuat sesuatu tanpa pengesahan terlebih dahulu dari pelanggan dan kemudiannya membuatkan pelanggan terpaksa membayar. Ianya satu taktik yang amat keji pada pandangan kami.

Pengadu juga berkongsi kisah dirinya ini sebagai peringatan kepada semua pengguna di luar sana agar tidak menjadi mangsa seperti dirinya.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

UPDATE 07 OKTOBER 2105:



Dengan pendedahan yang Oh! Media​ lakukan di atas ini, lebih ramai mangsa yang tampil membuat pendedahan yang sama. Mohon pihak berkuasa memainkan peranan penting dan semua mangsa yang pernah merasa diri mereka tertipu dan dianiaya boleh membuat laporan kepada persatuan pengguna mahupun pihak Polis.


Minat Kpop?


Mana satu artis K-Pop kegemaran korang? Big Bang? Girls Generation? EXO? 2NE1? Ehem! Miss A kami paling minat sebab ada...
Posted by Oh! Media on Sunday, October 4, 2015

Review: Samsung Galaxy Note 5 - Versi Note Paling Premium Setakat Ini?


Untuk review kali ini, Ohmedia akan membawakan review ringkas tetapi padat untuk phablet terbaru daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy Note 5. Seperti yang kita sedia maklum, siri Note merupakan siri yang paling penting untuk Samsung untuk terus mendominasi pasaran telefon pintar. Melalui siri Note ini, Samsung akan sumbat segala teknologi terkini yang mereka ada ke dalam sebuah smartphones yang berprestasi tinggi.

Unboxing:



Sebelum Ohmedia kongsikan lebih lanjut tentang Galaxy Note 5 ini, elok untuk kami ceritakan dulu tentang 3 kekurangan utama terlebih dahulu yang ada pada Note 5 ini berbanding siri Galaxy Note sebelum ini. Mungkin bagi sesetengah orang ianya tidak dianggap sebagai "kekurangan", namun apa yang terjadi pada Note 5 ini adalah yang pertama kali sejak barisan Note mula diperkenalkan kepada dunia.

KEKURANGAN

Berbanding versi Note sebelum ini, Note 5 mempunyai beberapa kekurangan jika nak dibandingkan dengan barisan Note terdahulu. Berikut adalah apa yang dapat kami simpulkan.

1. Bateri Tidak Boleh Dikeluarkan.


Biarpun dilengkapi dengan fast charging, rata-rata peminat Note agak berang apabila Note 5 tidak lagi boleh dibuka dibelakangnya. Ini kerana Samsung kini memfokuskan peranti yang lebih premium dalam binaan metal dan juga kaca. Perkara ini sekaligus membuatkan "power user" tidak lagi boleh membawa bateri simpanan mereka ke mana-mana sahaja sebaliknya terpaksa bergantung kepada Power-Bank. Apapun Ohmedia merasakan ianya satu pengorbanan yang kecil berbanding feeling premium yang ada pada Note 5 ketika ini yang dapat dirasai si pemakai.

2. Tiada Sokongan Micro-SD

Sesetengah pengguna (power user) amat memerlukan sokongan Micro-SD ini. Mungkin untuk tujuan meletakkan ratusan-ribu lagu ataupun ada yang menggunakan phone mereka untuk tujuan muat-naik filem dan sebagainya. Dengan ketiadaan slot untuk Micro-SD pada Note 5, pengguna hanya tersekat dengan kapasiti 32GB dan juga 64GB sahaja.

Biarpun kini teknologi "Cloud" semakin mendapat sambutan, namun masih ramai yang lebih percayakan data mereka disimpan di dalam phone sahaja. Apapun Samsung mempunyai sebab mengapa mereka tidak meletakkan sokongan Micro-SD ini.

Menurut laporan, tindakan ini dilakukan bagi membolehkan flagship device Samsung seperti Galaxy S6, S6 Edge, Note 5 dan Note Edge+ mempunyai prestasi yang lebih baik dan lancar. Sesetengah pengguna menggunakan Micro-SD berkeupayaan rendah dan ini sedikit-sebanyak akan memberi kesan kepada kelancaran sesebuah smartphone. Itu sebabnya sejak dahulu, iPhone tidak pernah menyokong Micro-SD.

3. Tiada Lagi Sokongan Infra-Red (IR-Blaster)


IR-Blaster sentiasa ada pada siri Note sebelum ini. Melaluinya, pengguna boleh mengawal TV, Aircond, Astro, dan banyak lagi. Pendek kata kita boleh lupakan remote control dan hanya gunakan phone sahaja untuk mengawal semua barangan elektrik yang mempunyai remote control. Namun melalui Note 5 ini, fungsi tersebut dibuang oleh Samsung atas sebab yang masih kabur kenapa dan mengapa.

4. Habis Melakat Cap Jari!!


Samsung Galaxy Note 5 memang tak dinafikan satu device yang sangat cantik dan power even iPhone 6S yang akan keluar nanti pun tak mampu nak saingi segala features yang dia ada (tapi iPhone 6S ada features yang tersendiri seperti 3D Touch). TETAPI, design dia memanglah nampak cantik dan elegan sehinggalah korang mula start pegang Note 5 ni kat tapak tangan. Bila tengok balik, dah penuh dengan cap jari!! Urghhh annoying sentiasa nak kena lap atau phone nampak bersepai habis. Selain tu, biarpun glass depan dan belakangnya menggunakan Gorilla Glass 4, jangan ingat ianya tak mudah calar tapi sangat mudah untuk calar sebenarnya biarpun 24 jam korang berjaga-jaga.

Tapi siapa yang tak suka pakai casing pada phone, kita geng! Berjuta syarikat phone keluarkan duit buat research untuk dapatkan design cantik-cantik tapi at the end korang pakai casing, memang mencacatkan design serta keselesaan bila kita memegangnya. Nak nak lagi yang armor apakebenda namanya tu tak pasal-pasal phone nipis jadi tebal nak mam.. 2 minggu lepas #ohmedia pun order skin dengan texture 3D Carbon Fiber ni dari #SlickWraps dan semalam baru sampai. Ialah jauh dia nak hantar dari US tu. Memang sangat berpuas hati dan sangat recommended. Skin dia yang menggunakan pelekat 3M memang penuh di bahagian belakang, tepi, dan depan di mana melindungi phone sepenuhnya. Banyak pulak design boleh pilih tak kiralah phone apa pun. Korang tengoklah kat website diorang sendiri. - via Instagram @ohmedia

KELEBIHAN




1. Mempunyai skrin yang sangat cantik

Tidak perlu kami kongsikan spesifikasi skrin QHD'nya, cukuplah kalian tahu yang buat masa ini Samsung Galaxy Note 5 adalah smartphone yang mempunyai skrin paling cantik berbanding mana-mana smartphones di dalam dunia ini.

2. Rekaan yang premium

Sama seperti Galaxy S6, anda akan jatuh cinta apabila pertama kali memegang Galaxy Note 5 ini. Dengan rekaan metal dan kaca, kedua-duanya mempunyai design yang lebih kurang sama cumanya Note 5 ini curve di bahagian belakang sekaligus membolehkan phone dalam kategori phablet ini walaupun besar, tetapi mudah dipegang.

3. S-Pen


Ini adalah apa yang membuatkan Note adalah Note! Ya, S-Pen! Tanpa S-Pen ini Galaxy Note 5 tak lain tak bukan hanya sekadar Galaxy S6 dalam saiz yang besar. Pelbagai pembaharuan diletakkan sebagai penambahan features S-Pen sebelum ini dan semua pembaharuan tersebut memberikan kesan yang besar dalam urusan harian kami. Lebih menarik, kini pengguna boleh menulis di atas skrin tanpa perlu unlock phone terlebih dahulu.

4. Kamera

Mempunyai spesifikasi kamera yang sama seperti Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge, peranti Note 5 ini kekal sebagai smartphones dengan kamera terbaik setakat ini. Dengan saiz 16MP dengan aperture F/1.9, setiap gambar yang anda ambil akan kelihatan cantik. Berikut antara contoh gambar yang sempat Ohmedia ambil.







Melalui Note 5, Samsung menambah beberapa features baru melalui software di mana kini pengguna boleh menggunakan kamera untuk merakam video LIVE terus ke Youtube tanpa perlu menggunakan apa-apa software lain. Pengguna juga kini boleh merakamkan video dalam bentuk collage dan ini salah-satu features wajib ada untuk penggemar Instagram.

Selain itu kebolahan merakam dalam saiz 4K (UHD) terus dikekalkan dan ditambah baik. Kamera depannya pula dilengkapi kamera 5MP dan berkeupayaan merakaman video dalam saiz 2K.

Contoh rakaman video menyusul sebentar nanti.

Pendek kata, kalian langsung tak akan kecewa dengan kamera di Note 5 ini. Berikut kami kongsikan beberapa gambar yang diambil menggunakan kamera Samsung Galaxy Note 5.

5. Fast Charging & Wireless Charging

Sama seperti Galaxy S6 dan S6 Edge, Galaxy Note 5 juga turut dilengkapi dengan features Fast Charging. Ini membolehkan Note 5 ini di'charge dari 0% hingga ke 100% hanya dalam masa 90 minit sahaja.


Wireless Charging pada Note 5 pula kini menyokong fungsi 'Fast Charge' untuk pengguna mengecas Note 5 mereka dengan lebih pantas walaupun secara Wireless hanya dengan meletakkan phone di atas tempatnya. Walaubagaimanapun untuk sokongan Fast Charge secara wireless ini, pengguna masih boleh menggunakan charging pad yang dikeluarkan bersama Galaxy S6 namun untuk mendapatkan fungsi Fast Charge, pengguna perlu membeli charging pad terbaru yang mempunyai tulis "Fast Charge" di atasnya.


Post Instagram berikut Ohmedia berkongsi tentang perbezaan antara Wireless Charging Pad biasa (warna hitam) dan juga versi Fast Charge (warna putih).



Baca sebab dan keperluan Wireless Charging ni dan bagaimana ianya memudahkan hidup kita yang telah Ohmedia kongsikan di Instagram.

6. Fingerprint Scanner

Bermula dari Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge, pengguna tidak lagi perlu swipe jari mereka untuk unlock phones sebaliknya hanya perlu meletakkan jari dan phone akan unlock. Fungsi ini sama sahaja seperti Touch ID di iPhone.

Walaubagaimanapun, ada ketikanya Ohmedia merasakan Fingerprint Scanner yang ada pada Note 5 ini lebih baik lagi berbanding di iPhone. Selain itu, ianya juga turut boleh digunakan untuk Samsung Pay (buat masa ini hanya available di USA), login sebarang website di browser tanpa perlu lagi memasukkan username serta password dan membuat transaksi online melalui Paypal. Ianya tidak hanya terhad untuk tujuan unlock phones semata-mata seperti yang ada di iPhone (pada ketika ini).

7. Dual-SIM

Untuk pasaran Malaysia, pihak Samsung menjual Galaxy Note 5 yang menyokong dwi-SIM. Ini bermaksud anda boleh meletakkan 2 sim-card di dalam phone tersebut yang membolehkan anda menguruskan pelbagai perkara dan urusan hanya melalui satu smartphones sahaja.

Fungsi ini ternyata memudahkan sesiapa sahaja yang terpaksa membawa dua phone untuk nombor berlainan di mana kini hanya perlu membawa satu phone sahaja.

Tindakan Samsung meletakkan dual-SIM pada flagship smartphone mereka buat kali pertama adalah kerana persaingan lambakan phone dari China dan juga saingan jenama popular lain yang turut memperkenalkan phone dual-SIM mereka kepada pengguna di Malaysia.

Patut Tak Korang Beli?


Untuk pengguna yang masih menggunakan Note 3 atau Note 4 ketika ini, nasihat Ohmedia elok jangan tukar dahulu melainkan korang memang banyak duit tak tahu nak buat apa. Bertukar ke Note 5 memang ada banyak features baru, tapi features tersebut tidak berbaloi jika Note 3 apalagi Note 4 masih berfungsi dengan baik.

Tapi untuk penggemar Note yang masih guna Note 1 dan 2, beralih ke Note 5 ini boleh consider macam hadiahkan diri sendiri percutian 5 hari 4 malam ke Korea Selatan. Kehkeh!

Samsung Galaxy Note 5 ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM2,699 manakala Galaxy S6 Edge+  yang turut dibawa masuk bersama Note 5 akan dijual pada harga RM3,099. Kedua-duanya phone tersebebut akan menyokong dual-sim dan telahpun mula dijual sejak 4 September 2015 yang lalu.

Jangan lupa untuk follow Oh! Media di Instagram kerana di sana kami lebih banyak dan lebih awal berkongsi tentang sebarang smartphones yang kami beli untuk tujuan review. Seperti Note 5 ini, sebulan lebih awal kami telah kongsikan pelbagai review sebelum ianya mula dijual di Malaysia.

Oh! Media di Instagram: www.instagram.com/ohmedia | @ohmedia

Review: MEM Watches - Jam Tangan Yang Bergerak Lawan Arah Jam


Siapa yang biasa ikuti Oh! Media di Instagram, pastinya tahu tentang jam tangan unik yang akan kami kongsikan ini. Biarpun kini terdapat pelbagai jenama smartwatch (jam tangan pintar) dipasaran, masih ramai yang memilih untuk memakai jam tangan mekanikal yang ternyata lebih versatile. Untuk itu di dalam artikel ini, kami akan melalukan sedikit review tentang jam tangan unik ini dan berkongsi dengan anda mengapa keunikan jam tangan ini harus difahami sebaiknya.


MEM Watches merupakan satu jenama jam tangan tempatan yang amat unik pada pandangan Oh! Media sendiri di mana jam tangan ini terzahir dengan bergerak melawan pusingan arah jam dan tidak sama seperti jam yang biasa kita lihat selama ini. Selain membawakan rekaan penuh originaliti, unik, dan berkualiti tinggi, harga bagi MEM Watches ini juga sentiasa amat berpatutan dan sesuai untuk kegunaan sendiri atau dihadiahkan kepada insan tersayang.

Mana nak dapatkan MEM Watches ni? Lihat di website atau follow Facebook dan Instagram mereka.

Menariknya, mereka ada alasan dan sebab tersendiri mengapa jam rekaan mereka bergerak melawan pusingan arah jam dan di dalam artikel seterusnya ini, anda akan mula memahami tentang mengapa kaedah ini digunapakai.


Dunia kita tercipta dalam kejadian yang sungguh menakjubkan. Dari fizik ke kimia, biologi ke astronomi, semuanya saling berkaitan untuk melengkapi di antara satu dengan yang lain.  Mereka percaya bahawa setiap elemen ini menyumbang kepada keseimbangan alam di sekitar kita. Di sini lahirnya idea untuk membuat Jam Pusingan Lawan Arah Jam.

Pernahkah anda bertanya dengan diri sendiri, kenapa pusingan jam di jam dinding rumah anda bergerak dari kiri ke kanan? Kenapa tidak kanan ke kiri?

Sebenarnya ini terjadi kerana tamadun-tamadun manusia yang hebat suatu ketika dahulu kebanyakannya berkembang maju di Hemisfera Utara (Rom, Eropah, Greek, Mesir). Begitu juga dengan tamadun yang pertama menggunakan bayang-bayang matahari untuk melihat waktu (masa). Oleh kerana mereka berada di hemisfera utara, bayang-bayang matahari yang terhasil pada jam matahari mereka bergerak dari kiri ke kanan.


Jika tamadun-tamadun silam ini berkembang maju di Afrika Selatan ataupun di New Zealand misalnya, kemungkinan besar jam kita pada hari ini bergerak sebaliknya, dari kanan ke kiri.



Jadi, tiada silapnya bukan untuk memanggil pusingan Counterclockwise (Pusingan Arah Lawan Jam) ialah juga pusingan jam. Hal ini kerana, seperti yang dijelaskan tadi, pusingan yang sedia ada sekarang hanyalah kebetulan dan ianya boleh terjadi sebaliknya jika tamadun-tamadun silam tersebut berkembang di sebelah selatan bumi kita.

Kebetulan juga, apabila MEM Watches ini menggunapakai angka Arabic, ianya sedikit sebanyak menzahirkan kaedah penulisan yang bermula dari kanan ke kiri. Mana nak dapatkan MEM Watches ni? Lihat di sini.


Jadi, kenapa Counterclockwise? Sebenarnya Counterclockwise itu sendiri membawa banyak pengertian. Unsur positif dalam kejadian semulajadi dan sains di dunia ini selalunya dikaitkan dengan pusingan lawan arah jam.

Pernahkah anda memerhati para atlet berlari di padang balapan? Sedarkah anda bahawa mereka berlari melawan arah jam? Hal ini kerana menurut mereka, jika manusia berlari mengikut pusingan jam yang sedia ada, para atlet akan mudah penat berbanding membuat larian melawan arah jam.

Darah manusia mengalir dari kiri ke kanan masuk ke dalam jantung kita. Apabila kita berlari dalam keadaan melawan pusingan jam, darah kita akan bergerak dengan lebih lancar akibat tekanan yang terhasil berbanding dengan larian yang mengikut arah jam. Selain itu, planet yang kita diami ini juga begerak mengelilingi matahari dalam pusingan melawan arah jam.



Oleh kerana itu, pembangun MEM Watches ini percaya bahawa pergerakan counterclockwise dalam setiap unsur ini memberi sumbangan dalam menghasilkan dunia kita yang seimbang. Oleh sebab itu jugalah terhasilnya idea untuk menggunakan pusingan lawan arah jam di dalam jam-jam keluaran mereka sebagai simbol dan mimick pusingan yang banyak unsur positifnya ini.

Mereka sebenarnya hanya ingin menampilkan perbezaan di luar kebiasaan. Bukannya untuk mengajar anda mana yang betul dan mana yang salah. Setiap unsur di dunia ini saling memerlukan di antara satu dengan yang lain. Mungkin sekarang anda sudah mengerti kenapa mereka menggunakan simbol “+” di hadapan perkataan “clockwise” bukan? MEM Watches, a Positive Clockwise ( + clockwise)


Jadi itu review kami untuk MEM Watches, sebuah produk tempatan yang unik, berkualiti-tinggi, dan layak untuk terus meluas ke seluruh dunia. Untuk ketahui lebih banyak maklumat tentang MEM Watches ni, Lihat di website atau follow Facebook dan Instagram mereka. Jika anda merasakan jam tangan sebegini sangat unik dan ingin menjadi sebahagian dari mereka, jadilah pengedar MEMWATCHES yang rasmi.

Top