Pengiklanan

Pengiklanan

Untuk mendapatkan rate card terkini bagi pemasaran iklan di Oh! Media, sila hubungi kami melalui email ad@ohmedia.my



Oh! Media bukanlah sebuah jenama yang harus diperkenalkan lagi sebagai salah satu medium berita, perkongsian rakyat, dan pemasaran yang begitu popular di Malaysia. Kami percaya, dalam memilih sebuah medium pengiklanan yang berkesan, anda perlu melihat bagaimana sebuah penjenamaan itu diyakini oleh ramai orang. Kekuatan sebuah penjenamaan secara tidak langsung mampu memberikan impak yang terbaik kepada sebarang jenis produk yang ingin diiklankan.

Hanya di Oh! Media, kami tampil sebagai sebuah jenama yang cukup dihormati dan disegani di mana secara terus-menerus menyediakan perkhidmatan pada harga yang terendah untuk membantu para peniaga samaada ianya dijalankan secara online mahupun nyata.

Antara pelanggan premium yang menjadi pelanggan Oh! Media sehingga hari ini adalah jenama-jenama besar seperti Maxis, Celcom, DiGi, U-Mobile, McDonalds, 7-Eleven, Disneyland Hong Kong, Honda, Toyota, Tenaga Nasional, Pos Malaysia, Samsung, Skop Production, Suhan Movies dan Lazada (sekadar beberapa nama).

Sehingga hari ini, jenama Oh! Media masih berada di senarai teratas jenama paling popular di Malaysia di mana mempunyai paling ramai peminat di Malaysia setanding dengan jenama-jenama besar lain yang tidak menjalankan perkhidmatan seperti kami.


Setiap servis yang disediakan adalah berdasarkan keistimewaan dan kepakaran yang dimiliki syarikat kami. Dengan beriklan di website atau laman sosial Oh! Media, anda sendiri akan merasai kelainannya. Blog network kami telah lama mempunyai pengaruh dan anda tidak perlu risau tentang itu. Salah satu keistimewaan yang perlu anda tahu ialah semua artikel yang ditulis di website kami akan disalurkan kepada lebih dari 2,500,000+ (dua perpulahan lima juta) pengikut kami di Facebook dan Twitter. Apa yang lebih menarik, Oh! Media diiktiraf oleh Facebook sebagai sebuah jenama yang paling popular di Malaysia dan mempunyai pengikut berstatus warganegara Malaysia lebih ramai dari sebarang jenama popular lain.

Kami pasti anda tahu tentang lebih ramai audiences tempatan yang berkualiti, lebih tinggi peluang untuk perniagaan anda untuk dikenali.



Pada bulan Februari lalu, Oh! Media terpapar di Akhbar Utusan Malaysia dan sebelumnya Kosmo dan Harian Metro. Sebelum itu juga telah banyak kali dipaparkan di akhbar Berita Harian termasuklah di website mereka. Kami paling kerap keluar di Metro Ahad dalam ruangan gajet terutamanya di mana kami berkongsi tentang pelbagai gadget terbaru di pasaran kepada rakyat Malaysia dalam satu slot teknologi penuh.

“Creative without strategy is called ‘art’. Creative with strategy is called ‘advertising’"


Testimoni:

Berikut adalah beberapa contoh testimoni yang kami terima selepas selesai menjalankan pemasaran mereka.

"Saya amat berpuas hati dengan servis dari pihak anda. Dari petang tadi pukul 1, sekarang baru lah saya boleh relax. Tidak cukup tangan saya nak melayan whatsapp, inbox, comment semua. Servis terbaik!" - Afham Fareez, Pemilik Tropikal Trade Shop

"Saya amat berpuas hati dengan mengiklankan produk saya di page Oh! Media dan melalui pengiklanan ini juga buat pertama kalinya saya menerima jumlah pelawat lebih daripada 2,000 online reader dalam setiap minit. Sangat menakjubkan." - Mohd Rasul, Pemilik iluvtour.com

"Feedback advertorial sebelum ini memang sangat baik. Alhamdulillah jualan meningkat, oleh kerana itu pihak PK Apparel bersetuju untuk mengiklankan sekali lagi bersama Oh Media". -  Zulkarnain PK, Pemilik butik pakaian jenama sendiri PK Apparel

"Panggilan telefon dan SMS bertalu-talu masuk ke talian pejabat kami sampai mengeluh krew kami nak layan. Terima kasih Oh! Media. Inilah dinamakan pemasaran kilat yang saya cari selama ini!" - Encik Mohd Azamin, menjalankan Syarikat Konsultansi

"Perniagaan saya yang dahulunya suam-suam kuku menerima impak dan pemerhatian yang sangat baik dalam masa yang singkat. Ianya memang seperti apa yang saya harapkan....!" - Puan Norshalina Ahmad, Pemilik busana tudung online

Untuk mendapatkan rate card terkini bagi pemasaran iklan di Oh! Media, sila hubungi kami melalui email ad@ohmedia.my

Instagram

Dari Instagram Oh! Media