Tshirt Rasmi Oh! Media

Tshirt Rasmi Oh! Media

Kod Produk: TS01

Tshirt rasmi Oh! Media sebelum ini hanya dapat dilihat dipakai oleh krew Oh! Media untuk ke mana-mana event dan aktiviti luar. Memandangkan kami menerima permintaan yang sangat tinggi untuk Tshirt ini dijual kepada umum, setakat ini telah 4 batch penjualan dilakukan dan kebiasaannya akan 'sold out' dalam masa yang singkat. Bagi batch ke-5 kali ini, kuantiti'nya masih lagi terhad dan lakukan pembelian anda sekarang!


Tshirt ini menerima sentuhan penambah-baikan dari satu batch ke satu batch yang lain. Untuk versi terbaru ini, kami mengekalkan kain GILDAN PREMIUM yang berkualiti tinggi, tebal, dan tahan lama di mana akan memberi keselesaan kepada si pemakainya kerana tidak panas dan merimaskan.




Dapatkan satu untuk dijadikan koleksi anda hari ini!


Berikut adalah rujukan bagi ukuran setiap saiz yang disenaraikan. Jadi sila ukur badan sendiri dahulu untuk mendapatkan saiz yang paling perfect untuk disarungkan!


Semua Tshirt akan dimasukkan ke dalam bag edisi khas Oh! Media sebelum dihantar kepada anda bagi memberikan keterampilan yang lebih menarik apabila diterima. Beg tersebut juga boleh anda gunakan untuk sebarang urusan lain.

Setiap tempahan akan menerima bag istimewa secara percuma yang mengandungi tshirt di dalamnya!
Untuk membuat tempahan mudah sahaja. Hantarkan nama, alamat, dan nombor telefon anda berserta dengan saiz dan kuantiti Tshirt terus ke inbox page Oh Media Network [klik]. Ingat, ini page yang berlainan dari page Oh! Media yang utama dan yang anda kenal. Jadi jangan silap inbox pula tau?!

Nombor akaun Maybank.
Sertakan bersama bukti pembayaran anda bagi memudahkan semakan krew jualan kami. Jika anda memerlukan emel kami semasa membuat pembayaran di Maybank2u dan sebagainya, sila letakkan support@ohmedia.my ya?!

Setiap tempahan beserta bayaran terus yang dilakukan, kami akan hantar kepada anda kurang 24 jam selepas itu. Penghantaran akan dilakukan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 12 tengahari. Jika anda bayar selepas jam 12 tengahari, kami akan hantar hari esoknya.


Perkara biasa bila anda sarung Tshirt Oh! Media ni. Hihi. Enjoice guys!

Kami berharap penjualan ini sedikit sebanyak akan menjadi koleksi sepanjang zaman untuk anda selama mengenali Oh! Media.

Instagram

Dari Instagram Oh! Media