Tees: "RED FLAG" Limited Edition

Tees: "RED FLAG" Limited Edition


Kod Produk: TS02


Mungkin anda telahpun melihat 'flag logo' yang sering digunakan Oh! Media selama ini. Buat masa ini, kami menjual Tshirt dengan logo dan design terbaru ini dengan jumlah yang sangat terhad bagi menjadikan ianya satu pengeluaran yang cukup istimewa buat followers Oh! Media yang menyokong pembangunan jenama kami selama ini.


Tshirt ini menampilkan rekaan yang minimalistik dengan slogan menarik "Made In Malaysia By Malaysian" yang biasa Oh! Media gunakan sejak dari awal penubuhannya. Seperti biasa, semua tees yang dijual Oh! Media dicetak di atas kain Gildan Premium Cotton (Gred A) yang berkualiti tinggi dan akan memberi keselesaan kepada pemakainya di mana sahaja anda menyarungkannya dengan cukup gah! Tshirt utama ini bukan berwarna kelabu putih, tetapi dengan rekaan dan 'texture' yang menyerupai kain pelbagai tshirt berjenama di dunia (kelihatan mahal).


Jika anda menyarungkan Tshirt pada saiz yang berikut, kesemuanya telahpun "ready stock" untuk anda dapatkan segera sementara stok masih ada. Jika saiz anda tidak disenaraikan tetapi anda benar berminat untuk mendapatkan Tshirt eksklusif ini, anda boleh juga membuat tempahan bersama pembayaran dan kami akan masukkan tempahan anda di dalam senarai pre-order.

Ready Stock Size

Maksimum 3 hari untuk tees ini tiba kepada anda.

Pre-Order Size

Masa menunggu minumum adalah 30 Hari dari tarikh pre-order dilakukan.

Seperti biasa, semua Tshirt keluaran Oh! Media akan dimasukkan ke dalam Woven Bag istimewa Oh! Media sebelum dihantar kepada anda bagi memberikan keterampilan yang lebih menarik ketika anda membuka bungkusannya. Beg tersebut boleh anda gunakan untuk sebarang urusan lain mengikut kemahuan anda.

Satu Woven Bag untuk setiap sehalai Tshirt. Kalau beli 2 helai, dapat 2 bag lah kan! Hehe!
Bagi saiz utama S, M & L, anda boleh rujuk saiz berikut bagi menepati saiz sebenar anda.


Bagi penjualan Tshirt istimewa ini, kami akan hadiahkan satu double layer sticker Oh! Media yang ditempah khas untuk anda dan tidak dijual secara terbuka buat masa ini. Apapun sticker ini akan diberikan SELAGI STOK MASIH ADA sahaja. Jika anda tidak terima, itu maknanya stok sticker kami telahpun habis. Jadi lakukan pembelian anda segera anda dan lekatkan sticker ini di mana yang anda suka dengan penuh rasa bangga bersama Oh! Media. Sticker ini adalah hadiah dari kami dan tidak tertakluk dengan harga penjualan Tshirt ini.

Terhad kepada pembelian terawal sahaja selagi stok sticker masih ada.

Urusan pembelian kini dijalankan di Facebook!!

Untuk membuat tempahan mudah sahaja. Hantarkan nama, alamat, nombor telefon, saiz & kuantiti Tshirt serta bukti pembayaran terus ke inbox page Oh Media Network [klik]. Ingat, ini page yang berlainan dari page Oh! Media yang utama dan yang anda kenal. Jadi jangan silap inbox pula tau?!

Bank: MAYBANK | Acc Holder: Oh Media Store | Acc No: 564548139936
Sertakan bersama bukti pembayaran anda bagi memudahkan semakan krew jualan kami. Jika anda memerlukan emel kami semasa membuat pembayaran di Maybank2u dan sebagainya, sila letakkan support@ohmedia.my ya?!

Nama:
Alamat:
No Telefon:
Saiz & Kuantiti Baju:

Maklumat di atas ini harus diberikan kepada krew kami untuk diproses. Untuk itu, sila pastikan maklumat yang diberi telah disemak dan diyakini betul untuk tujuan penghantaran. Hantarkan semua maklumat tersebut (bersama bukti pembayaran) yang terang dan jelas samaada screenshot, gambar dari kamera telefon dan sebagainya terus ke inbox Facebook Pages Oh Media Network [klik] terus menggunakan akaun Facebook anda. Semua pembayaran akan disemak oleh krew kami terlebih dahulu sebelum ianya direkodkan dan diproses untuk tujuan penghantaran.

Terima kasih di atas sokongan anda untuk memiliki Tshirt keluaran khas dan terhad Oh! Media ini. Diharapkan dengan sokongan berterusan yang diberikan memberikan kami lebih semangat untuk membawakan pelbagai perkara menarik untuk hari-hari anda.

Instagram

Dari Instagram Oh! Media