Header Ads

#kamijual

Oh! Media merupakan sebuah jenama yang amat terkenal di Malaysia terutamanya bagi mereka yang aktif di laman sosial. Di sini, pelbagai barangan Oh! Media yang kami terbitkan khas boleh dimiliki pada harga yang rendah. Kami berharap anda dapat menyarungkan Tshirt dan menggunapakai apa sahaja barangan lain keluaran kami dengan rasa bangga.

Tshirt rasmi yang hanya dapat dilihat disarungkan krew Oh! Media sebelum ini untuk ke mana-mana acara luar. Memandangkan permintaan sangat tinggi untuk Tshirt ini dijual secara terbuka, setakat ini telah 4 batch penjualan dilakukan dan mendapat sambutan yang amat hebat.

Pernah dipasarkan dalam warna putih, namun kini kami hanya memfokuskan untuk Tshirt warna hitam sahaja dengan cetakan hijau yang merupakan warna rasmi untuk Oh! Media.

Jika anda jatuh cinta pandang pertama dengannya, klik gambar di sebelah ini. Ianya juga boleh menjadi milik anda!


Tshirt rasmi bagi salah-satu penjenamaan di bawah Oh! Media iaitu Oh! Geekz. Ini merupakan tshirt edisi iPhone yang memperlihatkan trademark menarik di setiap iPhone iaitu 'Slide To Unlock'. Di datangkan dalam warna hitam dengan cetakan yang putih, ianya kelihatan 'simple' bagi mengekalkan identiti yang digunapakai Apple selama ini.

Jika anda seorang geek atau peminat tegar Apple, maka ini Tshirt untuk anda. Dibelakang Tshirt ini kami gunakan logo Apple edisi mendiang Steve Jobs yang unik dan istimewa. Klik gambar disebalah ini jika berminat!

Tshirt SAVE GAZA ini dipasarkan untuk mendapatkan dana sumbangan bagi warga Palestin ketika dan selepas peperangan berlaku. Hasil jualan Tshirt ini akan disalurkan ke badan amal.

Tshirt ini hanya dijual pada masa tertentu sahaja. Jadi klik gambar disebelah ini dan jika masih ada stok, dapatkan satu untuk diri anda!

Bergaya sambil beramal dan membawa mesej yang baik dan positif untuk sesiapa sahaja yang melihatnya.



Tshirt yang menggunapakai logo flag Oh! Media ini cukup istimewa dan hanya dijual dalam jumlah yang amat terhad.

Menampilkan rekaan yang minimalis dengan slogan menarik di bawah logo ini juga dengan kain Gildan Premium Contton, ianya pasti memberi keselesaan kepada si pemakainya.

Jadi klik gambar disebelah ini dan lihat jika tshirt edisi terhad ini masih sempat untuk anda miliki!