Kami

Kami



OH MEDIA NETWORK merupakan sebuah syarikat pengiklanan di internet yang menggunakan medium berharga ini ke tahap maksimum iaitu lebih dari apa yang mampu internet berikan kepada kami. Kami melakukan pelbagai jenis perkhidmatan terutama dari segi pengiklanan dan pemasaran dengan harga yang berpatutan dan terendah berbanding pesaing lain di dalam kelasnya.

Sebagai trendsetter kepada web bercorak keagamaan, berita, dan hiburan dalam saluran media sosial di negara ini yang memberi fokus utama kepada golongan remaja, dewasa dan korporat di dalam cara pemasaran kami dengan pelbagai teknik tersendiri yang dicipta dan terbukti berkesan. Dengan perkongsian pelbagai perkara pada setiap hari 24 jam tanpa henti, peminat kami di Facebook telah mencecah 2 juta orang dan terus bertambah dari masa ke semasa. Ini menjadikan kami berada di tangga pertama sebagai sebuah jenama terkemuka bersaing dengan jenama-jenama besar lain seperti Air Asia, Mc Donalds, KFC, dan sebagainya menurut data yang dikeluarkan oleh Facebook pada November 2014.


Oh! Media juga merupakan pioneer yang menaikkan penjenamaan “OH” di dalam pelbagai projek yang kami keluarkan sejak tahun 2008 hingga kini di mana telah menjadi satu trend dan ikutan ramai pada hari ini. Dengan medium pemasaran sedia ada yang amat popular, lebih banyak projek baru yang akan kami terbitkan dari semasa ke semasa dan seterusnya memberikan medium terbaik kepada pemasaran produk dan perniagaan rakyat Malaysia pada kadar terendah dan berkesan.

Oh! Media dimulakan oleh seorang anak muda bernama Khai Hassan dengan penjenamaan yang menjadi fenomena pada tahun 2004 iaitu SCUKZ yang bermula sebagai sebuah forum tempatan popular yang dikemudiannya dipecahkan kepada beberapa jenis blog berinspirasikan daripada sub-kategori yang ada di forums tersebut. Antara blog yang dipecahkan ketika itu termasuklah justkhai.com, ohtidak.com, ohartis.com, ohgeekz.com, ohislam.com, dan banyak lagi.

Sehinggalah pada tahun 2008, Oh! Media ditubuhnya sebagai sebuah syarikat berdaftar di Malaysia dan terus mengorak langkah untuk menjadi sebuah syarikat bumiputera berdaya-saing dalam bidang IT di Malaysia.

Pengikut Oh! Media kini diberi peluang untuk berkongsi apa sahaja gambar atau video yang menarik ada pada mereka terus ke WhatsApp rasmi Oh! Media di talian 012-923 1562. Ini membolehkan kami di Oh! Media berkongsi lebih banyak lagi berita, aduan dan hiburan yang menyeluruh kepada rakyat Malaysia.

Instagram

Dari Instagram Oh! Media