Header Ads

Disclaimer.

Penafian Langsung:

Kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kemusnahan, kelakuan, kelalaian atau apa sahaja yang berlaku kepada anda ketika melayari mana-mana blog di bawah kendalian kami. Bagaimanapun, pihak kami sentiasa cuba melakukan yang terbaik namun tidak dapat memberi jaminan tentang keselamatan anda jika sesuatu berlaku disebabkan kecuaian anda semasa melayari mana-mana blog di bawah jagaan kami.

Perkhidmatan:

Kami melakukan pelbagai servis kepada para pelanggan kami di internet dan dunia nyata. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang anda alami akibat kesilapan atau kecuaian dari pihak anda sendiri jika ianya berlaku. Apapun kami sentiasa akan membantu anda sebaik yang mungkin.

Pihak kami kebiasaannya mengambil masa 3 hari waktu bekerja untuk mengeluarkan iklan berbentuk banner di mana-mana blog network kami (tidak tertakluk kepada pengiklanan advertorial dan lain-lain). Bagaimanapun, ada kalanya kami mungkin perlu mengambil masa selewat-lewatnya dalam satu minggu (7 hari) untuk mengeluarkan iklan anda dan kami mungkin akan memaklumkan atau tidak kepada anda mengenai perkara tersebut. Tiada sebarang dakwaan yang akan dilayani jika ianya dilakukan sebelum tibanya tarikh satu minggu bermula dari tarikh tempahan dilakukan.

Sebarang pemindahan tunai/cheque yang telah masuk ke akaun bank syarikat kami, tiada pemulangan yang dapat kami lakukan semula oleh mana-mana krew kami atas sebab yang tertentu. Bagaimanapun, pertukaran kepada sebarang perkhidmatan dari pihak kami adalah dialukan.

Facebook Pages:

Krew kami berhak memadam mana-mana respon yang kami rasa tidak bersesuaian berada di sana. Respon tersebut mungkin keterlaluan, berbaur perkauman, tidak kena dengan topik, berkongsi iklan yang tidak berkenaan, mengganggu ketenteraman pengguna lain, atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak admin mahupun pengguna lain. Jika masalah terus berlaku walaupun respon telah kami padam (atau amaran telah diberi), admin yang bertugas berhak untuk menyekat anda dari memberikan sebarang respon dalam tempoh-tempoh yang tertentu.

Dalam tempoh tersebut, anda tidak akan dapat memberikan sebarang respon tetapi masih boleh malayari page kami sepenuhnya. Ianya akan berterusan sehingga kami mengeluarkan kenyataan untuk proses 'unban' dilakukan kepada profail anda atau anda boleh menghubungi kami untuk memohon agar nama anda disenarai putih semula.

Blog & Interaksi Pembaca:

Di Oh! Media, kami mengamalkan kebebasan untuk bersuara kepada para pengunjung di dalam blog network kami. Walaubagaimanapun, segala respon atau komen yang ditinggalkan oleh para pengunjung di mana-mana blog network atau di Facebook milik kami, adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri dan kami tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang dikeluarkan oleh mereka. Pihak kami juga sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berwajib jika terdapat apa-apa maklumat yang mereka inginkan berhubung dengan keterlanjuran respon oleh para pengunjung. Walaubagaimanapun, krew kami tetap akan melakukan semakan terhadap respon-respon yang terlampau dan memadamnya jika dirasakan perlu selagi di dalam bidang-kuasa kami. Apapun ianya hanya dilakukan jika kami terlihat atau menerima laporan dari pengguna lain.

Kami di Oh! Media hanya bertanggungjawab akan apa yang kami post, dan bukannya dari apa yang para pembaca faham.

Jumlah pembaca online dalam satu masa yang dipaparkan di bahagian bawah (footer) semua web kami adalah merupakan gabungan pembaca dari beberapa jaringan blog utama kami sebagai panduan kami dan pihak tertentu. Info lengkap tentang pembaca bagi setiap blog boleh diakses dengan menekan paparan tersebut.

Bahan Persembahan:

Segala bahan yang kami keluarkan di mana-mana blog network kami mahupun di Facebook, adalah dari email perkongsian bahan dan maklumat antara followers Oh! Media melalui fungsi INBOX di Facebook. Kebanyakan bahan yang diterima tidak disertakan sebarang kredit asal jadi kami hanya akan memaparkan dengan tujuan perkongsian semata tanpa membuat sebarang keuntungan daripada'nya.

Jika sumber dikirimkan bersama atau kami tahu ianya dari mana, kami pastinya akan memberikan kredit sepenuhnya kepada anda. Anda juga boleh menghubungi kami jika mengetahui hak anda dipamerkan di luar pengetahuan anda. Kami bersedia untuk memberikan kredit sepenuhnya ataupun mengeluarkan terus bahan tersebut secara terus mengikut permintaan anda. Apapun bukti haruslah disertakan bersama.

Hubungi kami jika terdapat sebarang keraguan.

No comments

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.