Header Ads

Crossposting



Bermula dari 1 Januari 2018, Oh! Media tidak lagi menerima sebarang jenis pemasaran berbentuk video untuk dipaparkan di Oh! Media melainkan dengan cara crossposting.

Kebaikan crossposting:


1. Views untuk video akan dikongsi bersama (antara pages pelanggan dan Oh! Media).

2. Memberi impak lebih baik kepada insight untuk diserahkan kepada pelanggan anda (jika anda agensi).

3. Membolehkan pelanggan menyediakan video dan caption mereka sendiri tanpa perlu meminta Oh! Media untuk membuat perubahan pada caption. Ini akan lebih mempercepatkan urusan kedua belah pihak.

4. Video yang berkongsi views akan terpapar di page anda.

Kenapa Kami Menggunapakai Cara Ini:

Berbanding pemasaran jenis gambar, pemasaran yang menggunakan video akan lebih memakan masa berbanding biasa. Ini kerana pelanggan harus memuat-naik video dan menghantarkannya kepada kami. Selepas itu kami pula perlu memuat-turun video tersebut, dan kemudian harus memuat-naik kembali di page Oh! Media. Proses ini agak rumit kerana memerlukan talian internet yang pantas dan juga masa yang banyak sekaligus mempelambatkan urusan bagi kedua pihak dan semua ini tidak langsung memberikan kebaikan kepada kedua belah pihak.

Dengan wujudnya fungsi crossposting, kedua belah pihak akan mendapat manfaatnya.

Cara-Cara Untuk Membuat Penetapan Crossposting di Facebook;



1. Masuk ke Facebook Page Anda. Pastikan akaun yang anda gunakan adalah adalah admin kepada pages dan bukannya editor, contributer, atau sebagainya.

2. Klik pada Settings

3. Lihat menu settings disebelah kiri dan klik pada "Crossposting".


4. Add page Oh! Media


5. Maklumkan kepada kami yang anda sudah pun add Oh! Media sebagai salah satu page di bahagian crossposting. Selepas dimaklumkan, kami pula akan add page anda di dalam setting Crossposting kami. Proses ini memerlukan kedua-belah pihak untuk sama-sama add satu sama lain bagi membolehkan ianya berfungsi.

6. Muat-naik video yang ingin anda ianya dipaparkan di Oh! Media ataupun anda boleh pergi ke mana-mana video sedia ada, dan edit untuk membolehkan anda memilih Oh! Media sebagai pages bagi untuk crosspost video tersebut. Selepas anda memilih Oh! Media, jangan lupa untuk tekan Save.


7. Proses selesai. Kini page Oh! Media boleh membuat posting yang sama dari page Oh! Media sendiri dengan video dan caption yang ditetapkan oleh pihak anda.

Diharapkan tutorial ringkas ini memudahkan urusan anda.

Powered by Blogger.