ads

Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Penerbangan Batal Disaat Akhir, Rayani Air Perjelas Mungkin Ada Perbuatan Sabotaj

 

Pengendali penerbangan patuh syariah pertama negara, Rayani Air, berkata syarikat itu akan menyiasat sama ada wujud kemungkinan pesawatnya yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pagi ini disebabkan perbuatan sabotaj.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayani Air, Ravi Alagendrran berkata, penangguhan penerbangan yang dijadualkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) jam 11.10 pagi itu bukan berpunca daripada masalah teknikal.
"Ia bukan berpunca daripada kesilapan teknikal. Cermin kokpit kami didapati pecah selepas penerbangan malam tadi," katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

"Kami sedang menyiasat insiden ini sama ada ia tindakan sabotaj atau tidak," kata Ravi mengulas kejadian pembatalan penerbangan pesawat itu yang mengakibatkan lebih 200 penumpang terkandas.

Dalam kenyataan itu, Rayani Air turut berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan menyiasat punca kejadian.
"Sementara itu kami sedang mencuba membantu penumpang kami yang terkandas meninggalkan Langkawi dengan selamat," kata Ravi.

Syarikat penerbangan itu turut memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi penumpang mereka.

Top