Header Ads

Nelayan Palestin Ditembak Mati Tentera Laut Mesir


Kementerian Dalam Negeri Gaza hari ini memaklumkan seorang nelayan Palestin maut apabila ditembak pasukan tentera laut Mesir semalam. Namun perkara ini dinafikan sumber ketenteraan Mesir.

Sebelum ini, pasukan tentera laut Mesir tutur dilaporkan melepaskan tembakan ke arah nelayan Gaza yang mendakwa mereka menceroboh perairan Mesir tetapi tiada sebarang maklumat diperoleh bagi mengesahkan jika bot nelayan tersebut melakukan kesalahan tersebut.

“Kapal milik tentera laut Mesir melepaskan tembakan ke arah bot nelayan Palestin berhampiran sempadan laut di bahagian selatan Semenanjung Gaza dan membunuh Mustafa Abu Odah, 30 tahun,” kata kenyataan kementerian.

Di Kaherah, sumber tentera Mesir menafikan laporan terbabit tanpa membuat sebarang ulasan lanjut.

Israel meneruskan sekatan tentera laut di Semenanjung Gaza dan meletakkan had untuk menangkap ikan yang sehingga kini menjangkau jarak 9 batu nautika.


Powered by Blogger.