Header Ads

Kini Rakyat Kelantan Nikmati Air Bersih Tanpa Bahan Kimia


Rakyat dan penduduk Kelantan kini bakal nikmati air bersih tanpa bahan kimia. Teknologi menggunakan kaedah rawatan Ozon yang tidak menggunakan bahan kimia ini kini diaplikasi dalam Loji Rawatan Air (LRA) di Kelantan.

Ketua Jabatan Teknikal Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Lt Ir Tengku Iskandar Tengku Ismail berkata, “Salah satu kelebihan lain yang kita akan kongsi kelak, ialah ia mampu menjimatkan hampir 80 peratus kos operasi dan penyelenggaraan sebagaimana direkodkan dalam pembangunan Loji Rawatan Air Jeli.

“Ini kerana proses rawatan dari sumber air tanah menggunakan teknologi ini tidak memerlukan bahan kimia sebagaimana proses rawatan air dari sungai,” katanya, selepas majlis makan malam muhibah bersama media anjuran Jawatankuasa Tindakan Jurutera-Jurutera Air Daerah Se-Malaysia atau kini dikenali sebagai Malaysia Water Engineers Action Commitee (MYWAC).

Menurutnya, 5 daripada 34 LRA di negeri ini yang menggunakan kaedah Ozon ialah LRA Pintu Geng, LRA Kampung Chap (Bachok), LRA Perol, LRA Wakaf Bharu dan LRA Merbau Chondong (Machang) yang akan menjadi contoh terbaik ketika Persidangan ‘Malaysian Water Engineers Action Committee’ pada 26 hingga 28 November ini.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Powered by Blogger.