Header Ads

Individu Kidal Berisiko Sakit Mental


Menurut kajian yang diterbitkan oleh Sage Open, sebanyak 40 peratus individu bertangan kidal mengalami masalah mental.

Data ini diperoleh apabila, kajian dibuat ke atas orang ramai yang menggunakan tangan kiri dan didapati mereka berisiko mengalami penyakit mental yang teruk atau skizofrenia.

Seorang pakar sakit jiwa, Nick Craddock dari Universiti Cardiff berkata, kaitan antara penggunaan tangan dan gangguan mental dapat membantu penyelidik memahami perkembangan dan sambungan dalam otak berhubung masalah ini.

Jadi ini mungkin boleh menjadi permulaan atau petujuk  penting untuk membangunkan rawatan bagi penyakit ini.

Walaubagaimanpun, di sebalik kaitan itu, kebanyakan pengidap masalah mental bukanlah semuanya dari mereka yang bertangan kidal dan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda itu.
Powered by Blogger.