Header Ads

Hampir 50,000 Keluarga Miskin Gaza Dibantu Qatar


Apa agaknya nasib penduduk Palestin? Setiap hari dihimpit dengan peperangan dan serangan yang sehingga kini masih di bom oleh rejim Israel.

Kini, Qatar pula telah mengumumkan untuk menghulurkan bantuan sementara kepada 50,000 keluarga miskin Gaza ketika pengantara membantu perjanjian damai antara Hamas dan Israel.

Jawatankuasa Pembinaan Semua Gaza yang dimiliki Qatar berkata pihaknya akan memberikan sekitar AS$100 (RM415.15) kepada setiap 50,000 keluarga miskin dalam tempoh beberapa hari lagi.

Hamas mengawal Gaza sejak menyingkirkan tentera yang setia dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang diiktiraf antarabangsa, dalam peperangan menyamai perang saudara 2007.

Sejak itu, Hamas berperang dengan Israel yang mengenakan sekatan di Gaza.

Sementara itu, Mesir dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) cuba membantu rundingan yang akan menyaksikan Hamas menamatkan protes di sepanjang sempadan Gaza-Israel, sekiranya Israel melonggarkan sekatan.

Powered by Blogger.