Header Ads

Agora Persoal Pas Perjalanan Pengangkutan Awam Hanya Untuk Warga Negara


Baru-baru ini, di dalam perbentangan Bajet 2019, ada membentangkan tentang pas perjalanan pengangkutan awam yang hanya diberikan kepada warga negara Malaysia.

Lantas dari itu, Pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Agora Malaysia melalui kenyataan media berkata, ini kerana pekerja warga asing juga memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan ekonomi negara.

“Apa yang dilakukan kerajaan melalui Belanjawan 2019 itu baik untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat di bandar tetapi kami kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di mana pas perjalanan hanya untuk rakyat Malaysia.

“Apa yang diumumkan itu tidak termasuk dengan sebahagian besar warga asing yang memberi sumbangan penting terhadap ekonomi Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Pertubuhan itu juga mengingatkan, keputusan kerajaan dengan hanya memberikan pas perjalanan kepada rakyat Malaysia sahaja akan memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi melibatkan pekerja asing.

“Ramai yang bekerja di kilang-kilang, kedai, kawasan pembinaan, ladang dan restoran mamak. Kumpulan seperti ini adalah kumpulan yang berada dalam posisi gaji rendah yang kritikal.

“Jadi mereka boleh diberikan pas perjalanan sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, kenyataan pertubuhan itu juga mahu kerajaan mempertimbangkan untuk memberi pas perjalanan itu kepada warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.

“Kebanyakan mereka juga terbeban dengan kos sara hidup terutamanya bagi menyara keluarga, memainkan peranan bagi memastikan keluarga bahagia dan menstabilkan sumber pendapatan keluarga,” katanya.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Powered by Blogger.