Header Ads

Kementerian Pelancongan Cadang Cuti Sekolah Berperingkat Antara Negeri


Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata pihaknya mencadangkan supaya cuti sekolah dibuat secara berperingkat bagi memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan.

“Mungkin kita boleh bahagikan negeri di kawasan utara, selatan dan pantai timur supaya tempoh minggu cuti sekolah di negeri ini berbeza antara satu sama lain.

“Dengan cuti sekolah secara berperingkat ini, kawasan tumpuan pelancong dalam negara akan menerima jumlah kunjungan pelancong lebih sekata sepanjang masa dan bukannya seperti keadaan sekarang apabila keadaan menjadi terlalu sesak menjelang tiba cuti sekolah.

“Kami sedang mengumpul data dari pihak hotel dan pengusaha sektor pelancongan sebelum berbincang dengan Kementerian Pendidikan,” katanya kepada pemberita.

Namun, cadangan itu  tidak akan membabitkan cuti hujung tahun yang seragam di seluruh negara dan beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat dan Australia juga sudah mengguna pendekatan itu bagi mengelak kesesakan pelancong.

Powered by Blogger.